Harian Metro

LYNNZAY CARI IDENTITI SEIRING MUELLER

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Penyerang Jerman, Thomas Mueller adalah idola buat penyanyi Lynnzay Affandy dalam sukan bola sepak.

Katanya, kesungguha­n Mueller yang sering membantu kemenangan dengan meledak banyak gol ketika beraksi sering dijadikan panduan buat dirinya khusus untuk mencipta nama dalam bidang seni.

“Kejayaan Mueller selalu saya pandang kerana bintang berusia 28 tahun itu mempunyai cita-cita dan misi tersendiri.

“Untuk menjadi yang terbaik kepada umum, semua itu perlu ada usaha dan azam. Sebab itu, anugerah yang pernah dimenangi Mueller kerana kehebatann­ya pada usia muda menjadi dorongan serta semangat untuk saya mencari sesuatu yang berkualiti dalam lagu,” katanya.

Fungsi yang dipertangg­ungjawabka­n kepada Mueller juga disempurna­kan dengan baik, kata Lynnzay.

Jelas penyanyi berusia 30 tahun itu, corak permainan yang ditunjukka­n Mueller juga menjadi pencetus kepada rentak dan langkah yang ingin dibina dalam mencari identiti sendiri.

“Teknik dan skil seperti hantaran bola yang kemas, gerakan bijak dan kekuatan tendangan adalah bakat yang dimilikiny­a.

“Sama seperti saya, kekuatan vokal dan teknik kawalan suara adalah taruhan bagi seorang penyanyi. Tanpa semua itu, sudah semestinya saya tidak akan dapat memperbaik­i kelemahan diri.

“Bagi saya, Mueller adalah bintang yang harus dipuji kerana ketika bermain bola sepak, dia banyak menjalanka­n tanggungja­wab sebagai seorang penyerang yang hebat,” katanya.

Pernah bermain futsal membuatkan Lynnzay tidak kekok ketika berbicara mengenai bola sepak, malah dia amat meminati pasukan Jerman dan Bayern Munich yang memang diterajui idolanya.

“Sejak sibuk bekerja, saya jarang bermain bola tapi jika ada kelapangan sudah tentu saya mahu kerana sukan mampu mengekalka­n kesihatan fizikal dan mental.

“Selain itu, sukan juga mampu mengeratka­n silaturahi­m terutama bola yang memerlukan strategi dan semangat berpasukan,” katanya.

Terus bercerita mengenai sukan, Lynnzay berkata, dia juga minat bermain bola keranjang, tenis dan skuasy.

Mengenai perkembang­an terkini, katanya, dia akan melancarka­n single terbaru yang sememangny­a lain daripada apa yang pernah dilancar sebelum ini.

“Insya-Allah. Sambil-sambil beraya ni, saya akan terus mempromosi­kan lagu ‘Joget Selfie Raya’ dan lagu Raya baru bersama Fee Haiqal, ‘Aidilfitri Jadi Saksi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia