Harian Metro

MENGENANG JASA AYAH DI PAGI SYAWAL

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

“Kalau ayah masih ada, tentu beliau bangga dengan pencapaian saya sekarang.”

Demikian luah penjaga gol muda Kedah dan skuad Projek Sukan SEA 2017, Ifwat Akmal Che Kassim.

Betapa tidak ayahnya, Allahyarha­m Che Kassim Sudin adalah orang yang bertanggun­gjawab memberi pendedahan awal kepada Ifwat untuk mengenali bola sepak.

Malah bakat dimiliki Ifwat, 20, diwarisi daripada ayahnya yang juga seorang penjaga gol walaupun sekadar mewakili tempat kerja.

“Saya selalu melihat ayah berlatih serta bermain. Ketika itu, ayah wira dan idola saya walaupun beliau sekadar penjaga gol bagi pasukan majikannya.

“Malah ayah selalu membawa saya menonton perlawanan bola sepak di stadium. Lama-kelamaan, daripada peminat biasa, saya mula berangan-angan hendak menjadi penjaga gol hebat.

“Bila saya terpilih mewakili sekolah, ayah yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan,” cerita Ifwat.

Ifwat, anak kelahiran Alor Setar namun dibesarkan di Kuala Perlis. Malah, karier awalnya bermula di negeri itu apabila dipilih menyertai Sekolah Menengah Syed Hassan yang juga sekolah sukan.

Namun, ternyata rezeki Ifwat di bumi kelahirann­ya apabila dia dipilih menyertai skuad Piala Presiden Kedah yang menyaksika­n anak keempat daripada lima adik-beradik itu terpaksa berpindah ke Sekolah Projek Sukan negeri Jelapang Padi itu - Sekolah Menengah Mergong.

Bagi Ifwat, walaupun dibesarkan di Perlis, namun Kedah menjadi pilihannya untuk mengembang­kan karier kerana terpikat dengan sejarah kejayaan pasukan itu walaupun menyedari saingan lebih sengit berbanding jika bersama Singa Utara.

Dua tahun bersama skuad pelapis Hijau Kuning, Ifwat diserapkan ke dalam pasukan Liga Super pada 2016. Tahun pertamanya bermula cemerlang apabila diberi tugas sebagai penjaga gol utama yang dilengkapk­an dengan membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia.

Kejayaan itu disusuli dengan kejuaraan Piala Sumbangsih pada awal 2017. Pada 20 Mei lalu, Ifwat membantu Kedah menjulang Piala FA.

Kedua-dua kejayaan itu sudah pasti lebih bermakna jika ayahnya masih hidup. Che Kassim meninggal dunia ketika Ifwat berusia 14 tahun kerana masalah buah pinggang.

“Walaupun ayah sudah tiada namun semangatny­a tetap bersama. Saya akan terus meningkatk­an prestasi hingga cita-cita menjadi penjaga gol nombor satu pasukan kebangsaan dapat dicapai,” kata Ifwat yang menjadikan bekas penjaga gol Real Madrid dan Sepanyol, Iker Casillas sebagai idola.

 ??  ?? PROFIL
Nama: Ifwat Akmal Che Kassim
Tarikh lahir:
10 Ogos 1996 Tempat lahir:
Alor Setar
Karier:
2013: Piala Presiden Kedah
2016:
Liga Super Kedah Kejayaan:
Juara Piala Malaysia 2016
Juara Piala Sumbangsih 2017
Juara Piala FA 2017
PROFIL Nama: Ifwat Akmal Che Kassim Tarikh lahir: 10 Ogos 1996 Tempat lahir: Alor Setar Karier: 2013: Piala Presiden Kedah 2016: Liga Super Kedah Kejayaan: Juara Piala Malaysia 2016 Juara Piala Sumbangsih 2017 Juara Piala FA 2017
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia