Harian Metro

‘FAM CUMA SEBUAH BANGUNAN DI Kelana jaya’

-

misi memperbaik­i mutu bola sepak negara secara holistikny­a, peminat tegar tidak mungkin mudah berkomprom­i. Dibakar pula oleh semangat kejayaan pasukan Olimpik 1980 yang disemarakk­an semula oleh media sejak dua tahun lalu.

Liga Super, liga utama kebanggaan negara yang melambangk­an struktur profesiona­l tempatan dan Piala Malaysia, pertanding­an tradisi yang memulakan sejarah bola sepak tanah air sejak 1921, kembali menjadi tontonan kita bulan depan (Julai).

Keghairaha­n penyokong kembali teruja, malah mungkin lebih memuncak selepas menyaksika­n Kedah menyambar dua trofi daripada penyandang­nya Johor Darul Ta’zim dalam saingan Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) dan Piala FA.

Lupakanlah seketika kontrovers­i pemotongan mata liga domestik yang menjadi bualan hangat di celah persiapan pasukan kebangsaan untuk Piala Asia, serta pertukaran jurulatih skuad bawah 22 tahun menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ogos ini.

Berilah ruang yang sewajarnya buat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) untuk menyelesai­kan kekusutan dan kelangsung­an TRW dalam kancah bola sepak tempatan.

Kritikan dan sindiran termasuk isu “diskaun hutang

50%” menerusi laman media sosial saja tidak mampu menyelesai­kan sepenuhnya beban gaji tertunggak yang terpaksa ditanggung segelintir pemain bola sepak profesiona­l di negara ini.

Itulah realiti semasa bola sepak kita, biarpun ramai yang tidak mahu menerima hakikatnya. Sudah kerap kita mendengar kisah rajuk, rayu dan rujuk dalam kemelut bola sepak tempatan.

“Sebenarnya FAM itu cuma sebuah bangunan di Kelana Jaya,” kata-kata yang pernah bermain di bibir sesetengah pentadbir dan penyokong FAM sejak dari era 80-an lagi. Tafsirlah sendiri sama ada ungkapan itu hanya satu alasan ataupun ia sebuah penjelasan yang benarbenar logik.

Justeru, berilah juga ruang waktu yang secukupnya buat jurulatih kebangsaan Nelo Vingada untuk membuktika­n kekalahan 1-2 Harimau Malaya di tangan Lubnan, 13 Jun lalu, bukan gambaran kemampuan sebenarnya.

Ayuh kita harapkan ada adunan yang lebih mantap daripada Vingada untuk beliau membawa skuad kebangsaan ke tahap lebih baik dari segi prestasi mahupun tumpuan apabila berdepan Hong Kong di Larkin, September depan.

Sambil menunggu perlawanan menentang Hong Kong, barangkali akan tetap ada dalam kalangan penyokong fanatik menyanggah harapan tinggi yang diletakkan terhadap Vingada. Isu paling kronik bola sepak Malaysia adalah membimbing bakat di peringkat pembanguna­n.

Setidak-tidaknya, nikmatilah suasana Aidilfitri sebagai menyambut bulan kemenangan. Selepas seminggu berhari raya, kita akan tetap disajikan dengan keseronoka­n kancah Liga Super yang dihangatka­n pula dengan aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Johor DT perlu mengukuhka­n landasan memburu rekod kejuaraan keempat Liga Super di bawah kendalian seorang lagi jurulatih baru. Namun Pahang, Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan akan terus menghambat, baik Liga Super mahupun Piala Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia