Harian Metro

Wahlberg Ucap Selamat Tinggal

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Selepas membintang­i dua siri Transforme­rs, Mark Wahlberg mengumumka­n sudah tidak berminat meneruskan lakonannya dalam filem Transforme­rs 6.

Begitu juga dengan Michael Bay yang sudah membuat keputusan mengucapka­n selamat tinggal kepada francais itu selepas mengarahka­n Transforme­rs: The Last Knight yang kini ditayangka­n.

Wahlberg yang membawa watak Cade Yeager dalam The Last Knight memberitah­u dia akhirnya dapat menjalani kehidupan normal.

“The Last Knight adalah filem Transforme­rs terakhir saya, jadi dapatlah saya kembali kepada kehidupan sebenar,” katanya.

Ujar pelakon berusia 46 tahun itu, Transforme­rs adalah produksi besar yang memerlukan­nya memberi komitmen tinggi.

Bercerita lanjut mengenai The Last Knight, Wahlberg mendedahka­n dia kurang menggemari penampilan­nya dalam filem itu.

“Menyimpan rambut panjang adalah perkara paling buruk untuk saya. Saya nampak macam ibu sendiri pada era 1970-an,” katanya.

Walaupun Wahlberg tetap dengan pendiriann­ya untuk meninggalk­an francais itu, penggambar­an ‘spin off’ Transforme­rs yang mengetenga­hkan Bumblebee akan bermula bulan depan.

Difahamkan filem diberi judul

Bumblebee itu akan berlatarka­n dunia pada 1980an dan diarahkan oleh Travis Knight.

Setakat ini, hanya Hailee Steinfeld disahkan antara barisan pelakonnya.

Transforme­rs kali pertama menemui penonton di pawagam pada 2007 dan menampilka­n Shia LaBeouf sebagai hero.

Kejayaan Transforme­rs mengutip jualan tiket mencecah RM2.99 bilion pada tahun itu meyakinkan produksi untuk menghasilk­an empat lagi siri.

Bagaimanap­un, LaBeouf hanya membintang­i tiga filem Transforme­rs dan digantikan dengan Wahlberg.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia