Harian Metro

GUBAHAN RINGKAS SERI MEJA KOPI

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my Ruang tamu Ruang makan

Sedia kerusi tambahan, tempatkan pada sudut ruang makan

sebagai persediaan terima tetamu

serentak

Dalam persiapan menyambut tetamu Aidilfitri, tentunya pelbagai aspek diambil kira supaya lebih memberikan keselesaan dan tanda penghargaa­n seikhlas mungkin.

Daripada kemasan di ruang tamu, meja kopi dihiasi kuih-muih hingga sajian menyelerak­an di atas meja ruang makan semuanya buat tetamu sama ada sanak saudara, sahabat handai atau jiran tetangga.

Pada saat ini, sudah pasti langsir sudah siap digantung dengan rekaan tersendiri.

Pemasangan kertas dinding juga tidak terkecuali biarpun memerlukan anda mengeluark­an bajet tertentu, namun elemen hiasan ini boleh bertahan lama jika tahu penjagaann­ya.

Elakkan permukaan kertas dinding yang basah atau lembap. Lap debu atau kotoran menggunaka­n kain gentian mikro kering.

Anda juga boleh gunakan penyedut hampagas untuk membuang segala debu dan habuk.

Pada sofa pula, tempatkan bantal hiasan menarik atau basuh yang sedia ada supaya kelihatan lebih bersih dan segar.

Tempatkan permaidani dengan warna atau corak sesuai. Hantar ke kedai dobi jika permaidani sedia ada perlu dicuci. Lakukan gerak kerja membersihk­an habuk pada permaidani sedia ada bersama keluarga kerana pada waktu begini semua berkumpul untuk menyambut Aidilfitri.

Tambahkan tikar atau hamparan permaidani lain jika ruang mencukupi sebagai persediaan menerima tetamu serentak.

Di meja kopi pula, letakkan balang berisi aneka kuih raya dalam dekorasi ringkas sesuai dengan saiz meja berkenaan. Tempatkan gubahan ringkas sebagai penyeri.

Gubahan bunga segar antara bonus yang menambahka­n aura ruang.

Menjadi satu kemestian meraikan tetamu dengan sajian pelbagai juadah yang menyelerak­an.

Ada juga tetamu sekadar menjamah kuih raya di ruang tamu, tidak kurang yang tertarik dengan juadah di meja makan.

Langkah selamat, sediakan beberapa kerusi tambahan dan tempatkan pada sudut ruang makan itu sebagai persediaan menerima tetamu serentak.

Menghidang­kan makanan dalam set pinggan mangkuk eksklusif antara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia