Harian Metro

500 tahun sebagai masjid

- Rashidah Ibrahim rencana@hmetro.com.my

Kemasan dinding dalaman Hagia Sophia dibuat daripada blok marmar dicantum membentuk simetri

Sebuah dom ‘ibu’ diiringi beberapa ‘anak’ dom yang dibina bertingkat, diperlengk­ap dengan empat menara tinggi dan runcing seakan-akan pensel antara gambaran reka bentuk Muzium Hagia Sophia, Istanbul, Turki.

Sebelum dijadikan muzium, bangunan itu adalah masjid. Diamati dari luar, reka bentuknya nampak kompleks.

Muzium Hagia Sophia dulunya tempat ibadat dua agama berlainan, iaitu Islam dan Kristian pada zaman berbeza.

Berfungsi kira-kira

500 tahun sebagai tempat ibadat Islam, menjadi model kepada masjid lain di kota itu antaranya Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru), Masjid Suleymaniy­e dan Masjid Rustem Pasha.

Sepanjang meniti zaman, bangunan itu mengalami kerosakan demi kerosakan termasuk dibakar dalam rusuhan awam pada 404 berikutan pertikaian di antara Maharaja Arkadios (395-408) dengan Maharani Eudoksia.

Pada zaman Raja Constantin­e, bangunan itu dikenali Megale Ekklesia . Selepas abad kelima, dipanggil Hagia Sophia (Holy Wisdorm), pusat ibadat dan tempat Raja Byzantine dinobatkan.

Pembinaan kedua berlangsun­g ketika pemerintah­an Raja Theodosios II (408-450) pada 415, menampilka­n struktur ‘basilica’ mengandung­i lima ‘naves’ dan pintu masuk monumental, berbumbung kayu.

Pada 13 Januari 532, ia diruntuhka­n oleh rusuhan awam (Nika revolts) iaitu tahun kelima pemerintah­an Raja Justinanos (527-565) kerana isu politik.

Kesan peninggala­nnya ditemui dua meter dalam tanah oleh ekskavasi diketuai A M Scheinder dari Institut Arkeologi Jerman Istanbul.

Pembinaan ketiga oleh arkitek Isidoros (Milet) dan Anthemius (Tralles) memenuhi arahan Raja Justiniano­s, bermula 23 Februari 532.

Bangunan baru menggabung­kan reka bentuk ‘basilica’ dengan dom berpusat.

Ia dibina menggunaka­n batu marmar terbaik, dibawa dari serata ceruk empayar itu.

Difahamkan, tiang marmar diambil dari bandar purba, sekitar Anatolia, Syria dan dari kuil di Baalbeek, Heliopolis, Ephesus, Delphi serta Tarsa.

Kemasan dinding dalaman dibuat daripada blok marmar yang dicantum membentuk simetri.

Dinding utama, dom, bilik kebal dan gerbang pula daripada bata. Pembinaan itu siap dalam masa lima tahun membabitka­n khidmat 100 tukang adiguru dan 10,000 buruh.

Nama Hagia Sophia (Sacred Wisdom) hanya diguna selepas abad kelima.

Melayari arus zaman, pemulihara­an dan pengubahsu­aian terus dilakukan.

Banyak struktur musnah dalam gempa bumi, Pada

558 separuh daripada binaan dom runtuh, dibina semula Isidores.

Dom ditinggika­n 6.25 meter dan bangunan itu dibuka semula pada 562 namun kembali rosak kerana kelemahan strukturny­a.

Kebanggaan Kristian dengan kemegahan gereja itu berakhir dengan kejatuhan Constantin­ople ke tangan Empayar Uthmaniyya­h apabila Mehmed II, menguasai tempat itu yang kemudian dinamakan Istanbul pada 1453.

Baginda mengetuai solat Jumaat di situ dan mengarahka­n bangunan itu diubah suai menjadi masjid. Mimar Sinan diberi tanggungja­wab memulihara bangunan itu.

Sinan mereka bentuk dan memasang menara lambang masjid di luar selain mihrab dan mimbar, di dalam.

Atas arahan Mehmed

II, loceng, altar dan barang berunsur Kristian dibuang, lukisan asal pada dinding ditutup dengan tampalan berunsur Islam dan tempat wuduk dibina.

Hagia Sophia kekal sebagai masjid hingga 1935 apabila fungsinya ditukar muzium oleh Pengasas

Turki Moden dan presiden pertama negara itu Mustafa Kamal Ataturk, pemerintah Republik Turki (1923-1938).

 ??  ?? MONUMEN hebat Muzium Hagia Sophia.
MONUMEN hebat Muzium Hagia Sophia.
 ??  ?? PENGUNJUNG pasti menemui penjual ini di pekarangan Muzium Hagia Sophia.
PENGUNJUNG pasti menemui penjual ini di pekarangan Muzium Hagia Sophia.
 ??  ?? DIAMATI dari luar, reka bentuknya nampak kompleks.
DIAMATI dari luar, reka bentuknya nampak kompleks.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia