Harian Metro

Evolusi kipas siling

-

Bermula sejak 500 tahun Sebelum

Masihi di India dipanggil ‘punkah’

Sejarah kipas siling dikatakan bermula sejak 500 tahun Sebelum Masihi dan berasal dari India.

Ketika itu, kipas siling dipanggil ‘punkah’ dan rupa bentuknya seperti kipas tangan.

Kipas punkah tidak berputar dan bergerak ke kiri dan kanan tanpa sebarang tenaga eletrik kerana ia perlu digerakkan secara manual menggunaka­n tali.

Malah kipas siling berputar pertama dipercayai muncul sekitar 1860-an dan 1870-an di Amerika Syarikat yang ketika itu ia hanya mempunyai dua bilah.

Menariknya, ia tidak dikuasakan dengan motor elektrik tapi menggunaka­n aliran turbin untuk memandu sistem tali yang menggerakk­an bilah berkenaan.

Pada 1882, Philip Diehl mencipta kipas siling dengan kuasa elektrik pertama.

Beliau dikatakan menyesuaik­an motor elektrik yang dicipta untuk mesin jahit ke dalam kipas siling.

Namun, usahanya tidak terhenti di situ selepas kipas siling berjaya dikomersia­lkan dan terus menghasilk­an inovasi kipas antaranya menggabung­kan lampu dengan kipas siling.

Pada Perang Dunia

Ke-2, kipas siling bertukar kepada empat bilah dan mengurangk­an bunyi selain dapat mengedarka­n lebih banyak udara dalam satu masa.

Semakin lama, panghasila­n kipas terus bersaing dan lebih banyak kipas menjimatka­n tenaga dikeluarka­n membuatkan lebih banyak syarikat menghasilk­annya.

Kini, penghasila­n kipas siling tidak hanya tertumpu pada fungsi dan penguranga­n tenaga tapi turut mengambil kira aspek reka bentuk, gaya serta penggunaan teknologi terkini.

 ??  ?? PUNKAH adalah kipas siling pertama yang dikatakan muncul di India dan digerakkan secara manual. KIPAS siling berputar pertama dipercayai muncul sekitar 1860-an dan 1870-an.
PUNKAH adalah kipas siling pertama yang dikatakan muncul di India dan digerakkan secara manual. KIPAS siling berputar pertama dipercayai muncul sekitar 1860-an dan 1870-an.
 ??  ??
 ??  ?? MENGGABUNG­KAN lampu bagi menghasilk­an kipas siling dwifungsi.
MENGGABUNG­KAN lampu bagi menghasilk­an kipas siling dwifungsi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia