Harian Metro

83 peratus tumpu beli barang keperluan

-

Seramai 13 peratus rakyat Malaysia menyatakan perbelanja­an terbesar pada Ramadan dan Syawal adalah untuk ubah suai dan susun atur kediaman.

Sementara 31 peratus lagi mendapatka­n perabot dan kelengkapa­n rumah secara atas talian menjelang Aidilfitri untuk menghiasi ruang kediaman.

Hasil kaji selidik turut mendapati kecenderun­gan rakyat Malaysia itu disebabkan kos hidup yang semakin meningkat.

Lebih 70 peratus pula menyatakan kekerapan membeli-belah atas talian meningkat sejak 2016.

Maklumat berkenaan adalah hasil kaji selidik dari Lazada Malaysia (Lazada) dan dijalankan ke atas 550 responden di seluruh negara pada permulaan Ramadan.

Walaupun kekerapan membeli-belah atas talian semakin meningkat namun rata-rata mula berjimat supaya mampu mendapatka­n barangan keperluan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Hans-Peter Ressel berkata, membelibel­ah atas talian membantu rakyat negara ini memenuhi keperluan Aidilfitri dengan harga berdaya saing.

“Sebanyak 83 peratus rakyat negara ini yang dikaji memberi tumpuan kepada barangan keperluan seperti pakaian dan aksesori Aidilfitri.

“Bagi 73 peratus pula merancang untuk membeli barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) seperti keperluan bakeri, minuman dan barangan runcit.

“Sebagai destinasi e-dagang terkemuka negara, kami sentiasa menyediaka­n pelanggan dengan produk bermutu tinggi pada harga terbaik tanpa perlu berkunjung ke pusat belibelah atau menghadapi kesesakan lalu lintas,” katanya.

Selain itu, kaji selidik turut mendapati walaupun kebanyakan masyarakat negara ini menyimpan wang untuk Aidilfitri sejak awal lagi namun, kebanyakan­nya mula membeli pada saat-saat akhir.

Dikatakan 45 peratus mula membeli dua minggu sebelum Aidilfitri dan 36 peratus lagi membeli sebulan sebelum Aidilfitri

Sebaliknya, hanya tiga dan empat peratus lagi masing-masing mula membeli sejak tiga bulan atau lebih sebelum menjelang Aidilfitri.

Aspek kesenangan, aksesibili­ti dan harga berdaya saing antara faktor dorongan terpenting untuk mengurangk­an masa membuat persiapan.

Seiring dengan kaji selidik ini, Lazada melancarka­n kempen Riang Ria Raya yang berlangsun­g dari 19 Mei hingga 30 Jun ini dengan potongan harga hingga 90 peratus untuk pelbagai barangan.

Termasuk pakaian, barangan dapur, makanan, minuman, produk kecantikan dan gajet terpilih.

“Lazada turut melancarka­n Lazada TV, baru-baru ini yang menyediaka­n kandungan sosial masa nyata dari jenama terulung seperti L’OrÈal, Softlan, Tefal dan Unilever.

Kempen ini mendapat sambutan memberangs­angkan dengan 20,000 tontonan dalam salah satu video,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut layari laman web http://www.lazada.com.my/ riang-ria-raya/.

 ??  ?? SERAMAI 31 peratus rakyat Malaysia mendapatka­n perabot dan kelengkapa­n rumah secara atas talian menjelang hari raya.
SERAMAI 31 peratus rakyat Malaysia mendapatka­n perabot dan kelengkapa­n rumah secara atas talian menjelang hari raya.
 ??  ?? KEKERAPAN membeli-belah secara atas talian meningkat sehingga 70 peratus.
KEKERAPAN membeli-belah secara atas talian meningkat sehingga 70 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia