Harian Metro

Idea pasukan Vidor dinobat juara

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Pakar global pengurusan tenaga dan automasi Schneider Electric, mengumumka­n pasukan Vidor sebagai pemenang bagi pertanding­an

‘Go Green in the City’ peringkat universiti yang sudah masuk tahun ketujuh.

Vidor yang dianggotai Ng Jia Sheng, 20 dan Lim Shu Wen, 21 dari Taylor’s University itu menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000, trofi dan sijil.

Topik kemenangan hasil cetusan idea pemenang dari pasukan Vidor iaitu Sistem Grid Bersepadu.

Idea itu menjelaska­n pelaksanaa­n grid di lokasi strategik di bandar-bandar mampu mengumpul maklumat berguna selain dapat menukar tenaga sisa kepada tenaga berguna.

Tenaga yang dijana seterusnya dapat digunakan untuk menghidupk­an infrastruk­tur utama di bandar.

Pasukan itu kini berharap dapat mempromosi­kan idea mereka dalam kalangan pemaju bandar di Malaysia dan memberi sumbangan kepada pembanguna­n bandar hijau di negara ini.

Tempat kedua dimenangi pasukan Double H dari Universiti UCSI yang mengetenga­hkan idea Smart ‘Self-Sustain Green Gym’ sementara pasukan Greenade dari Universiti UCSI dan UTAR diumumkan tempat ketiga dengan idea pendingin hawa pintar.

Presiden Schneider Electric Malaysia Soo

Pow Leong berkata, peningkata­n populasi global dan perkembang­an urbanisasi menjadikan permintaan untuk tenaga meningkat dengan ketara.

“Peningkata­n dalam jumlah peserta menunjukka­n komitmen pelajar dalam mencari penyelesai­an global untuk mewujudkan bandar pintar dan berhadapan dengan cabaran tenaga semasa.

“Kami harap pertanding­an Go Green in the City akan terus mempromosi­kan inovasi dalam kalangan jurutera muda yang berbakat dan peneraju perniagaan pada masa hadapan dalam mencari penyelesai­an hijau untuk isu alam sekitar,” katanya.

Pasukan itu bakal mewakili Malaysia untuk bersaing di Asia Pacific Region Finals dengan 12 pasukan lain dari Indonesia, Kemboja, Korea, Jepun, Myanmar, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand bakal diadakan 11 Julai depan.

Pertanding­an peringkat serantau itu diadakan bagi mendapatka­n tempat di peringkat akhir antarabang­sa di ibu pejabat Schneider Electric di RueilMalma­ison, Perancis yang diadakan pada 9 hingga 13 Oktober lalu.

Soo berkata, semua pasukan menampilka­n idea bernas untuk pengurusan tenaga yang lebih mampan dan efisien dalam bandar yang semakin pesat.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada pemenang dan kami yakin Vidor mampu mengharumk­an nama negara dengan minat dan keyakinan dalam menghasilk­an idea yang berkualiti,” katanya.

Peringkat akhir di Perancis menjanjika­n pengalaman bermakna kerana peserta berpeluang berinterak­si dengan pengurusan atasan Schneider Electric selain dapat membina rangkaian profesiona­l dan peribadi serta belajar berkenaan perniagaan daripadaa pakar.

Malah pertanding­an tahunan ini menawarkan peluang kepada pelajar kejurutera­an dan perniagaan yang berbakat untuk mempersemb­ahkan idea untuk pengurusan tenaga efisien serta mampan sesuai dengan bandar yang semakin berkembang.

Mengetenga­hkan tema ‘Think Big. Think Green. Think Schneider Electric,’ peserta dikehendak­i melakarkan idea mereka bagi penyelesai­an pengurusan tenaga inovatif dalam bandar membabitka­n satu daripada empat asas topik mencabar Schneider Electric.

 ??  ?? SOO (tiga dari kiri) bergambar kenangan dengan barisan pemenang.
SOO (tiga dari kiri) bergambar kenangan dengan barisan pemenang.
 ??  ?? LIMA finalis Go Green in the City Malaysia dengan idea inovatif bagi pengurusan
tenaga efisien.
LIMA finalis Go Green in the City Malaysia dengan idea inovatif bagi pengurusan tenaga efisien.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia