Harian Metro

Terlebih makan rupanya!

- NOOR AZAM AB AZIZ 03-20567083/7084

Dalam tak sedar selera makan meningkat kerana amalan

pemakanan tidak dijaga

Sebagai

1. Kekurangan air

Percaya atau tidak, dehidrasi adalah penyebab nafsu makan meningkat. Ini kerana cecair diperlukan badan untuk menjaga selera pada waktu sepatutnya. Kekurangan air akan menyebabka­n rasa lapar.

Ini seterusnya membuatkan kita terus memilih makanan untuk rasa kenyang. Akibatnya, kita tidak akan berhenti mengunyah selagi tidak puas.

2. Tak cukup tidur

Kerja bertimbun dan kuliah tidak henti ada kalanya membuatkan kita sering terjaga pada waktu malam. Waktu tidur secukupnya iaitu tujuh hingga lapan jam terpaksa dilupakan dan ia akan mengganggu kestabilan hormon tubuh.

Ini menyebabka­n aturan hormon terganggu dan seterusnya menghasilk­an zat lain yang menyebabka­n rasa lapar berbeza daripada kebiasaann­ya. Cuba atur perjalanan harian dengan baik untuk mendapatka­n kualiti tidur secukupnya.

3. Emosi tak stabil

Segelintir daripada kita biasanya menolak makanan apabila berada dalam kesedihan. Ini kerana setiap daripada kita mempunyai selera berbeza dan ada kalanya bergantung kepada emosi. Sudah tentu menjadi masalah sekiranya hidangan tidak dijamah ketika berduka, tertekan dan sebagainya.

Selain itu, rasa bosan turut mempengaru­hi selera makan yang tiba memuncak. Bosan dengan keadaan sekeliling membuatkan kita lebih selesa menonton televisyen. Walaupun perut penuh diisi dengan makanan berat lain, kita pasti mencari kudap-kudapan sambil menonton televisyen. Tapi sedarkah amalan itu sebenarnya sudah melekat dalam diri kita?

4. Keadaan sekeliling

Bagi anda yang ingin mengamalka­n pemakanan sihat, mungkin agak sukar jika dikeliling­i rakan yang gemar makan snek. Di pejabat terutamany­a, pasti tak senang duduk kalau tiada kudap-kudapan. Cuba ganti makanan ringan ini dengan buah-buahan dan kacang.

Selain itu, kita perlu kawal diri apabila berada di tempat ramai orang. Ketika berada di rumah terbuka yang penuh dengan juadah, perlu ingat jadual pemakanan yang kita amalkan. Jangan kerana sedap, sambar saja makanan yang ada tanpa memikirkan kandungan gula, lemak dan sebagainya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia