Harian Metro

MABUK LAUT CANDAT SOTONG

-

membeli peralatan mencandat iaitu koyan dan mendaftar masuk hotel untuk berehat. Kira-kira jam 4.30 petang kami berkumpul di jeti dan dibawa tekong menaiki bot besar menuju ke Chendering, Kuala Terengganu yang menjadi lokasi tumpuan untuk mencandat.

“Perjalanan yang memakan masa selama satu jam menuju ke lokasi mencandat ‘menumpaska­n’ dua peserta yang mabuk laut.

“Namun begitu, peserta yang lain tetap teruja untuk melakukan aktiviti mencandat walaupun cuaca hujan dan tidak sampai setengah jam menurunkan candat, beberapa peserta berjaya menaikkan sotong.

“Aktiviti ini ada teknik tersendiri dan paling penting kita kena sabar dan bergantung pada nasib,” katanya.

Katanya, melihatkan ramai rakan yang berjaya menaikkan sotong, seorang rakan yang mabuk laut tetap mahu mencuba mencandat dan nasibnya baik kerana tidak sampai 45 minit sotong memakan candatnya.

“Semangat ini yang kita mahu kerana aktiviti ini bermusim.

Sangat rugi jika tidak mengambil peluang ditambah lagi dengan pelaburan kos perjalanan dan sebagainya.

“Selepas puas mencandat semalaman, kami pulang ke darat dan menyewa hotel di Teluk Ketapang.

“Sotong sebanyak 10 kilogram (kg) yang berjaya kami candat dibakar untuk dijadikan sajian makan malam dan semua berpuas

Tidak lemahkan semangat apabila tetap mahu mencuba

hati dapat menikmati isi sotong yang manis.

“Hari terakhir di Terengganu, kami singgah menikmati ikan celup tepung untuk makan petang dan membeli buah tangan seperti keropok lekor untuk keluarga,” katanya yang menggunaka­n nama pengguna @fathurahma­n_nasir di laman sosial Instagram.

Fathurahma­n berkata, dia berharap boleh menjadikan aktiviti ini sebagai program tahunan mereka dan mahu mencari lebih ramai peserta supaya dapat menaikkan lebih banyak sotong.

“Jika tidak pernah mencandat dan takut mabuk laut, cabar diri untuk mencuba aktiviti walaupun sekali kerana apabila kita berada di tengah laut, semestinya ia akan memberi pengalaman berbeza kepada kita,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN peserta yang mabuk laut di atas bot.
KEADAAN peserta yang mabuk laut di atas bot.
 ??  ?? HASIL candat dibakar untuk dijadikan hidangan makan malam.
HASIL candat dibakar untuk dijadikan hidangan makan malam.
 ??  ?? PESERTA yang gembira berjaya mencadat sotong.
PESERTA yang gembira berjaya mencadat sotong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia