Harian Metro

Gabungan budaya Melayu, Jepun

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Motif unsur alam diterjemah

pada potongan

kebaya, kurung dan

gaun

Tidak perlu diperkenal­kan lagi, rekaan pereka ini sentiasa mendapat perhatian daripada peminat fesyen tempatan. Menghasilk­an potongan yang sempurna dan menjadi ingatan mereka yang menggayaka­nnya tidak hairan rekaan pereka muda ini, Rico Rinaldi diibaratka­n kekal sepanjang zaman.

Menjalinka­n kolaborasi pertama dengan pereka fabrik Jepun Tomita Senkogei pada Minggu Fesyen Singapura 2016, keduaduany­a ternyata mempunyai keserasian lantas menjalinka­n kerjasama untuk koleksi Summeraya kali ini.

Rico memanipula­si fabrik kimono yang diubah suai menjadi busana yang anggun dan memikat. Mengekalka­n unsur alam sebagai motif rekaan, setiap busana mempamerka­n cetakan dedaun berguguran, rintik hujan, buluh, flora dan fauna yang diterjemah­kan dengan gaya tersendiri.

Jelas Rico, untuk rekaan kali ini dia mengambil kira pengalaman sepanjang bergelar pereka lantas digabungka­n bersama budaya Melayu dan Jepun menjadikan setiap rekaan tampil hebat. Selain mengagumi keindahan kimono pada setiap helaian, Rico bermain dengan tekstur yang berbeza terutama sutera yang lembut dan beralun.

Menampilka­n 38 rekaan antara yang diketengah­kan adalah potongan kebaya, kurung dan gaun namun diubah suai menjadi lebih moden. Memilih rona tanah, palet warna ini digabungka­n dengan merah jambu, hijau, hitam dan kelabu bagi mempamerka­n tema glamor.

Koleksi ini adalah kerjasama ketiga antara

Rico Rinaldi dan Tomita Senkogei yang dimulakan pada 2016. Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan

Jepun meluaskan pasaran kain kimono, Tomita Senkogei mencari seorang pereka fesyen Malaysia bagi melaksanak­an perkongsia­n ini yang memberi manfaat untuk jangka panjang.

Koleksi ini juga adalah kerjasama eksklusif dengan portal membeli-belah dalam talian Zalora dan dijual di pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Taiwan. Pada masa sama Summeraya Rico Rinaldi x koleksi Tomita Senkogei boleh didapati secara eksklusif di Isetan The Japan Store sehingga akhir Jun 2017. Harga bermula dari RM599 sehingga RM1,600.

 ??  ?? PESONA kurung dengan kelainan pada rekaan tangan baju.
MERAH jambu kekal
memikat. GAYA santai blaus dan seluar untuk acara rumah
terbuka.
PESONA kurung dengan kelainan pada rekaan tangan baju. MERAH jambu kekal memikat. GAYA santai blaus dan seluar untuk acara rumah terbuka.
 ??  ?? BIRU diraja sesuai untuk mereka yang ingin tampil bergaya.
BIRU diraja sesuai untuk mereka yang ingin tampil bergaya.
 ??  ?? FABRIk bercorak dengan lipatan
pada dada cetus kelainan.
FABRIk bercorak dengan lipatan pada dada cetus kelainan.
 ??  ?? GAUN labuh diberikan sentuhan berbeza pada kolar baju.
GAUN labuh diberikan sentuhan berbeza pada kolar baju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia