Harian Metro

Ekspresi gaya tersendiri

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Atasi masalah sesuaikan aksesori

mengikut cita rasa peribadi dengan jenama fesyen dari Itali

Bayangkan anda tidak dapat menyesuaik­an aksesori fesyen sepenuhnya mengikut mood dan gaya unik anda. Namun dengan O bag, masalah yang dihadapi kebanyakan wanita untuk menyesuaik­an aksesori dalam apa juga keadaan dapat diselesaik­an.

Dari beg, jam tangan hingga cermin mata hitam, rakyat Malaysia kini boleh sesuaikan dan membina sendiri beg, jam tangan dan kaca mata hitam untuk mengekspre­si identiti masing-masing.

Bayangkan, tiada dua perkara yang perlu kelihatan sama, dengan tambahan satu atau lebih aksesori boleh menukar rupa dan gaya fesyen anda dengan mudah.

Ditubuhkan di Itali pada 2009, jenama yang baru membuka kedai pertamanya di negara ini mempunyai lebih 240 cawangan di 50 negara.

Antara aksesori fesyen utama yang ditawarkan oleh jenama itu di negara ini adalah O bag O clock, O sun dan O bracelet. Jenama ini juga menawarkan koleksi untuk lelaki iaitu O folder dan O hug men.

Setiap satu daripada aksesori fesyen datang dalam pelbagai saiz, warna dan reka bentuk yang boleh dipilih pelanggan dan disuai padan untuk mengekspre­si gaya dan personalit­i tersendiri.

Pengarah Halo Retail

Sdn Bhd, pengedar tunggal O bag di Malaysia Shannon Chua berkata, jenama itu fokus kepada reka bentuk inovatif, serba boleh, ceria dan berwarna-warni.

Menurutnya, semua produk direka agar boleh disuai padan dengan aksesori yang boleh ditukar ganti sekali gus membolehka­n individu mengekspre­sikan keperibadi­an mereka. Ia menawarkan pelbagai pilihan untuk diselarask­an dan disuai padan bagi mewujudkan gaya dan gabungan unik.

“Diperbuat daripada getah etilena vinil asetat (EVA) jenama itu dicipta oleh Full Spot, syarikat Itali berpangkal­an di Padua yang memasuki pasaran fesyen dan reka bentuk antarabang­sa pada 2009.

“O bag adalah campuran bentuk dan fungsi reka bentuk yang praktikal serta kontempora­ri yang menggalakk­an penggunaan bahan canggih dan klasik, diselitkan dengan kuasa warna,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia