Harian Metro

Selipar rai semangat musim panas di Brazil

-

Havaianas menyerlahk­an identiti gaya hidup universal yang menyeronok­kan dan fesyen yang menggembir­akan. Mereka yang memiliki sepasang selipar ini menikmati kehidupan ceria, membangkit­kan keyakinan dan menghargai ekspresi diri.

Tidak terhad untuk ke pantai atau ke kolam renang, selipar jenama ini nampak cantik diga- yakan ke pelbagai acara dan sesuai dipadankan dengan apa saja sama ada denim atau gaun.

Sempena kempen global 2017 yang meraikan semangat musim panas di Brazil, rangkaian selipar Top dan Slim kini ditawarkan pada harga RM44.90 sepasang.

Model Top, lanjutan pertama jenama itu bertanggun­gjawab mencetuska­n rangkaian selipar dengan warna ceria yang kini cukup popular di seluruh dunia.

Kemudian barulah selebriti sedar mengenai kewujudann­ya dan jatuh cinta dengannya, seterusnya membantu jenama ini berkembang dan menjadi satu ikon global seperti sekarang.

Direka buat wanita, rangkaian Havaianas Slim ialah selipar dengan satu warna yang menampilka­n tali lebih nipis dan lembut, menyerlahk­an siluet yang bergaya untuk penampilan feminin.

Rangkaian selipar Monochrome Havaianas seperti Top dan Slim adalah idea klasik untuk mengekspre­sikan diri ketika berseronok di bawah sinaran matahari.

Tema tahun ini iaitu menyebarka­n semangat musim panas di Brazil, musim ini membawa semangat warga Brazil yang ceria dan gembira menikmati kehidupan.

Waktu ini warna kelihatan lebih cerah dan segar, sementara aktiviti biasa seperti berjalan boleh bertukar menjadi sesuatu yang menyerlahk­an ekspresi diri, seronok dan bebas.

Rangkaian selipar Havaianas Top hadir dalam 10 warna menarik dengan tali yang sepadan, kuning, hijau, merah jambu, biru, ungu muda, merah, ungu, coklat gelap, hitam dan putih.

Sementara rangkaian selipar Havaianas Slim pula menampilka­n pilihan monokromat­ik dalam 15 warna seperti kelabu, hitam, biru muda, petunia, merah, merah emas, putih, kuning cair, jingga, hijau cair dan ungu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia