Harian Metro

KAMI RINDU IBU, AYAH

Hati masih sukar terima hakikat hilang orang tersayang walaupun tragedi sudah dua minggu berlalu

- Muhamaad Razis Ismail dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

> Masih terngiang-ngiang di telinga Mohd Sani, 17, ajakan ayahnya, Ruslan Musa dan ibu, Suhanna Salleh untuk membawa dia dan tiga beradik lain membeli kelengkapa­n hari raya. Itulah kenangan terakhir mereka bersama ibu dan ayah

tercinta sebelum kedua-duanya maut dalam tragedi ngeri empat hari sebelum Aidilfitri tahun lalu.

Bachok

Tragedi itu sudah dua minggu berlalu, namun bagi Wan Muhamad Hazim Wan Mohd Fauzi, 19, ia masih seperti semalam kerana hatinya yang sukar menerima hakikat dia kini keseoranga­n selepas hilang semua ahli keluarga.

Setiap malam, anak kedua daripada lima beradik itu terkenangk­an ibu bapa dan empat adik-beradiknya terutama, apabila dia bersendiri­an di dalam bilik dan bersedia untuk tidur.

Ketika itu, hanya tangisan yang menemani Wan Muhamad Hazim dan dia akan segera berdoa serta menyedekah­kan surah al-Fatihah untuk kesejahter­aan semua insan kesayangan­nya.

Malah, kesedihan remaja itu yang mengusahak­an perniagaan dalam talian turut dikongsi bersama wartawan yang menghubung­inya bagi menyingkap perasaan dia menyambut Aidilfitri tanpa ditemani bapanya Wan

Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim,

51, ibu Masnoraida M Yusoff, 45, abang Wan Muhammad Muhaimmin, 22, serta tiga adik, Wan Nor Athira, 18, Wan Mohd Ammar Haziq, 13, dan Wan Nur Aiesya, 7.

Sepanjang berbual, Wan Muhamad Hazim akan berhenti seketika untuk menenangka­n dirinya dan dia turut menangis.

“Tidak mudah saya terima ini. Sehingga kini walaupun sudah dua minggu, saya masih merasakan mereka dekat dengan saya dan ada di dalam rumah yang kami huni bersama (sebelum ini).

“Tengah malam apabila saya baring dan bersedia untuk tidur, ketika itu saya kerap mengingati mereka.

“Apa yang saya dapat buat lagi, hati saya sedih dan surah Al-Fatihah saja peneman untuk saya sedekahkan kepada mereka semua.

“Setiap kali orang bercerita mengenai tragedi itu atau ada yang bertanya, saya jadi sangat sensitif, sedih.

“Satu kerja pun sukar untuk dibuat kerana ingatan kuat terhadap mereka. Saya tangguhkan urusan perniagaan saya.

“Saya sedar ini adalah qada dan qadar Allah SWT dan saya perlu reda. Cuma saya perlukan kekuatan untuk terima hakikat ini sepenuhnya,” katanya yang pulang ke Putrajaya seminggu sebelum Aidilfitri untuk menyelesai­kan urusan yang tertangguh.

Katanya lagi, sambutan Aidilfitri sangat hambar walaupun dia ditemani sanak saudara terdekat.

Sebagai meraikan kemenangan umat Islam pada Aidilfitri, dia hanya berhajat meraikanny­a dengan sepasang jubah baru.

Selebihnya, dia penuhi masa dengan menziarahi pusara ahli keluargany­a serta ingin merasa dekat di sisi mereka.

“Tahun ini, saya sekadar beli sehelai jubah saja khas untuk menziarahi kubur arwah pada pagi raya. Cukuplah itu saja.

“Saya sangat sedih kerana tidak dapat bermaaf-maafan dengan arwah ibu dan ayah serta adik-beradik seperti kelaziman kami di pagi raya.

“Kebiasaann­ya memang kami akan berpakaian sedondon dan kami sekeluarga akan membakar sate bersama saudara yang lain namun, semua itu tidak berlaku tahun ini.

“Insya-Allah pada raya ketiga, saya akan adakan majlis tahlil untuk mereka,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n masa depannya, Wan

Muhamad Hazim berkata, dia akan berpindah ke rumah keluargany­a di Kelantan sebagai memenuhi amanat arwah bapanya.

“Saya mahu tinggal dekat dengan mereka dan hanya selepas betul-betul tenang, baru saya akan buat perancanga­n semula,” katanya.

Pada jam 2.30 petang, 11

Jun lalu, keluarga Wan Muhamad Hazim maut dalam kemalangan membabitka­n empat kenderaan di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang Risda Palong.

 ??  ??
 ??  ?? WAN Muhamad Hazim hanya dapat mengucup baju peninggala­n arwah ibunya jika berasa rindu. WAN Muhamad Hazim menunjukka­n gambar perkahwina­n ibu bapanya.
WAN Muhamad Hazim hanya dapat mengucup baju peninggala­n arwah ibunya jika berasa rindu. WAN Muhamad Hazim menunjukka­n gambar perkahwina­n ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia