Harian Metro

BUDAK MAUT IBU BAPA CABUT

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Selepas hampir 40 jam bertarung nyawa, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dipercayai didera ibu dan bapa kandungnya, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Mohd Adam Osi berusia lima tahun dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Isnin lalu oleh seorang wanita tempatan dan lelaki warga Nigeria dipercayai ibu dan bapa kandung mangsa.

Menurut sumber, mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak di hospital berkenaan sebaik dihantar pasangan terbabit berikutan parah.

Katanya, mangsa cedera parah di kepala menyebabka­n berlaku pendarahan dalaman, selain terdapat kesan lebam di muka dan badan.

“Ketika mangsa dia hantar ke HKL, keadaannya sudah

 Budak lima tahun maut akibat didera ibu bapa

kritikal menyebabka­n kanak-kanak lelaki itu dimasukkan ke wad ICU untuk rawatan lanjut.

“Sebaik menghantar kanak-kanak itu ke hospital, wanita dan lelaki warga Nigeria itu terus menghilang­kan diri.

“Berdasarka­n tindakan pasangan terbabit yang menghilang­kan diri dan kesan lebam serta kecederaan dialami mangsa, dia disyaki didera pasangan terbabit,” katanya.

Sumber berkata, mayat mangsa diserahkan kepada Unit Forensik HKL untuk bedah siasat.

“Bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dibuat bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak itu.

“Pada masa sama, waris mangsa sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia