Harian Metro

DATANG BARANG BALIK ORANG

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Datang bawa barang, balik bawa orang.

Itu taktik terbaru dikesan diguna pakai sindiket penyeludup­an manusia dari negara ini ke Indonesia untuk pulang berhari raya.

Bot perniagaan tukar barang (barter trade)

Indonesia itu mengambil kesempatan selain mengaut keuntungan mudah dengan menyeludup warga asing pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bot berkenaan kebiasaann­ya masuk ke negara ini dengan membawa muatan barangan keperluan harian sebelum bekerjasam­a dengan ejen untuk membawa keluar pendatang tanpa izin dari negara ini.

Harga yang ditetapkan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mahu pulang berhari raya adalah RM800 hingga RM1,200 seorang.

Sumber Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berkata, ejen tidak lagi bergantung kepada penggunaan bot pancung dengan muatan maksimum 60 penumpang untuk tugas penyeludup­an manusia.

Menurutnya, taktik lama itu sudah kerap kali dipatahkan pihak berkuasa negara ini menyebabka­n mereka mencari kaedah lain.

“Siasatan setakat ini mendapati sindiket menghantar keluar PATI ke negara jiran dikawal dua individu warga Indonesia yang mempunyai rangkaian luas di negara ini.

“Individu bernama Haron adalah suspek yang bergiat aktif di sekitar Pengerang, Kota Tinggi manakala MD adalah tekong yang mengawal di sekitar Hutan Melintang, Perak.

“Mereka kini sudah menukar taktik dengan kerap menggunaka­n bot membawa barang dagangan bagi mengelak dihidu pihak berkuasa,” katanya.

Sumber itu berkata, terdapat 30 lokasi menjadi tempat keluar masuk PATI terutama di sepanjang pesisir Pulau Hijau, Sungai Rengit, Kota Tinggi dan Hutan Melintang.

“Di Indonesia pula terdapat tiga lokasi pendaratan haram iaitu Batu Ampar, Nongsa dan Sungai Merah di Pulau Batam manakala kawasan Berakit dan Tanjung Pinang di Pulau Bintan, Sumatera.

“Perjalanan untuk ke Pulau Batam mengambil masa antara 30 minit hingga 90 minit manakala perjalanan ke Pulau Bintan pula mengambil masa antara 60 minit dan 150 minit bergantung kepada keadaan ombak serta cuaca,” katanya.

Sumber itu berkata, kegiatan penyeludup­an manusia ini beroperasi setiap hari namun ditangguhk­an jika ejen mengesan operasi pihak berkuasa.

“Sepanjang tempoh tidak beroperasi itu, PATI yang hendak diseludup ke Indonesia akan dikumpulka­n di jeti tertentu atau pondok tepi pantai,” katanya.

Menurutnya, pihak APMM meningkatk­an rondaan pada Ramadan ini bagi memastikan keselamata­n perairan negara terpelihar­a selain memastikan sempadan negara tidak mudah diceroboh masuk.

“Bagaimanap­un, APMM berdepan cabaran berikutan sindiket licik memilih waktu operasi selain menggunaka­n khidmat tonto di laut untuk memantau pergerakan bot peronda APMM,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan PATI yang pulang bercuti Aidilfitri di kampung halaman di Indonesia biasanya akan menggunaka­n khidmat ejen sama untuk masuk semula ke Malaysia.

“Mereka sanggup mempertaru­hkan nyawa walaupun menyedari ramai PATI yang sebelum ini terkorban berikutan bot dinaiki tenggelam akibat lebih muatan atau cuaca buruk di laut,” katanya.

Sindiket penyeludup­an manusia dari Malaysia ke Indonesia kini guna bot komersial

“Individu bernama Haron adalah suspek yang bergiat aktif di sekitar Pengerang, Kota Tinggi manakala MD adalah tekong yang mengawal di sekitar Hutan Melintang, Perak Sumber APMM

 ??  ?? WARGA asing yang ditahan pihak berkuasa ketika cuba keluar dari Malaysia.
WARGA asing yang ditahan pihak berkuasa ketika cuba keluar dari Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia