Harian Metro

Sampul kosong raya pun kebas

-

Sekumpulan penjenayah bukan saja melarikan barangan berharga dan wang tunai, malah turut melarikan sampul duit raya kosong dalam kejadian pecah masuk sebuah rumah di Taman Sri Buloh, kelmarin.

Dalam kejadian yang dianggarka­n berlaku antara jam 5 petang hingga 9 malam itu, penjenayah berkenaan turut melarikan aksesori dan kasut milik penghuni rumah berkenaan.

Menurut mangsa, Wan Ahmad Afiq Noordin

Wan Mohd Nasserudin, 25, dia bersama ahli keluargany­a keluar dari rumah jam 5 petang untuk berbuka puasa di Puchong, Selangor, manakala kakaknya pula bekerja.

Katanya, sebaik kakaknya tiba di rumah pada jam 9.30 malam, dia menyedari terdapat kotak kasut keluar dari rak di depan rumah dan terkejut apabila mendapati tingkat bawah rumahnya dalam keadaan berselerak.

“Kakak saya kemudian berlari keluar dari rumah untuk meminta bantuan jiran sebelum memaklumka­n kejadian itu kepada saya.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n awal, penjenayah dipercayai memasuki rumah kami melalui pintu belakang berikutan pagar di bahagian belakang terbuka.

“Mereka menyelongk­ar barangan di tiga bilik di tingkat bawah dan atas sebelum melarikan dua komputer riba, empat telefon pintar dan wang tunai lebih RM1,000, selain sampul duit raya kosong, aksesori wanita serta kasut,” katanya yang juga peniaga.

Wan berkata, siasatan awal pihak polis mendapati kejadian itu dilakukan beberapa individu berdasarka­n bukti awal yang ditemui.

“Kami mengesyaki kumpulan penjenayah itu adalah individu yang sama mendalangi kejadian pecah masuk membabitka­n beberapa kediaman lain di taman berkenaan pada bulan ini.

“Mereka disyaki sudah memerhati gerak geri penduduk di taman berkenaan sebelum memecah masuk rumah yang menjadi sasaran kumpulan terbabit,” katanya yang memaklumka­n satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Buloh

 ??  ?? KEADAAN rumah Wan Ahmad Afiq di Taman Sri Buloh yang berselerak selepas diselongka­r sekumpulan penjenayah, kelmarin.
KEADAAN rumah Wan Ahmad Afiq di Taman Sri Buloh yang berselerak selepas diselongka­r sekumpulan penjenayah, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia