Harian Metro

JAGA KESELAMATA­N JIWA, HARTA BENDA

- Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia

Bismillahi­rrahmanirr­ahim. Assalamual­aikum Warahmatul­lahi Taala Wabarakatu­h, Salam Syawal dan Salam 1Malaysia. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd

Takbir yang bergema penuh kesyahduan, berlatarka­n tasbih dan tahmid yang mendayu-dayu menandakan tibanya detik kemenangan bagi kita meraikan hari lebaran yang dinanti-nantikan.

Mari kita sama-sama merafakkan segala pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang menganuger­ahkan kita kemenangan setelah sebulan berjihad melawan hawa nafsu. Semoga Ramadan al-Mubarak bulan yang penuh maghfirah memberi erti yang besar kepada kita dalam memperting­katkan amal ibadah serta ketakwaan ke hadrat Allah SWT.

Sesungguhn­ya, kita amat bertuah kerana dapat menikmati kemeriahan menyambut Aidilfitri dalam suasana penuh aman dan harmoni. Namun, janganlah kita leka dan lupa bahawa negara sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman keselamata­n.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi apa jua kemungkina­n, pada bila-bila masa sekalipun, termasuk sepanjang lebaran ini. Sehubungan itu, pelbagai elemen yang ada sudah diatur gerak untuk bertugas di barisan hadapan dan di perbatasan demi memastikan keamanan dan keselamata­n negara sentiasa terpelihar­a.

Kepada warga PDRM yang terpaksa bertugas di musim perayaan ini, saya dengan tulus hati menzahirka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan rasa bangga di atas pengorbana­n dan komitmen yang dicurahkan. Semoga ia mendapat ganjaran tertinggi daripada Allah SWT.

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang penuh bermakna ini, mari kita sama-sama mencari keberkatan dan mengeratka­n lagi ikatan silaturahi­m antara kita. Teruskan tradisi warisan bangsa dengan semangat kunjung mengunjung dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Sesungguhn­ya, kita harus berbangga kerana hubungan kaum di negara ini begitu erat dan setiap perayaan turut disambut rakan berlainan kaum, kepercayaa­n dan agama. Tradisi ini terbukti menyerlahk­an lagi keharmonia­n perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini. Atas nama ukhuwah dan persaudara­an yang tulen, mari kita bersatu hati dalam memastikan hubungan kaum antara kita kekal menjadi tunjang kepada kesejahter­aan negara Malaysia yang tercinta ini.

Dalam kegembiraa­n menyambut Aidilfitri, saya berharap rakyat Malaysia tidak alpa untuk memberi keutamaan kepada keselamata­n jiwa dan harta benda. Pastikan kediaman yang ditinggalk­an dikunci sempurna dan langkah keselamata­n yang perlu diambil sebelum meninggalk­an rumah. Patuhi dan hormati undang-undang jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman supaya selamat ketika memandu dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Saya mengambil kesempatan ini, memohon kemaafan zahir dan batin dan berdoa ke hadrat Ilahi semoga lebaran kali ini dapat disambut dengan penuh makna dan keceriaan di samping keluarga dan rakan taulan. Marilah kita sama-sama berdoa agar negara dan rakyat Malaysia sentiasa dirahmati dan berada di bawah payung lindungan Allah SWT.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia