Harian Metro

FASA KE 2 FOREST CITY

CGPV teruskan pembanguna­n meliputi hotel, tiga padang golf 18 lubang bernilai RM1.2b

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV), pemaju utama pembanguna­n Forest City, di sini, kini dalam pembinaan fasa kedua projek mega itu meliputi hotel dan tiga padang golf dengan kos RM1.2 bilion.

Ketua Pegawai Strategi CGPV Dr Yu Runze berkata,

fasa kedua itu menempatka­n pusat pengurusan kesihatan Taiwan dikendalik­an MJ Group dan sekolah

antarabang­sa, Shattuck-St Mary’s Forest City.

“Apa yang menarik dalam pembanguna­n fasa kedua Forest City adalah pembinaan tiga padang golf dengan setiap satu meliputi 18 lubang dan satu daripada padang golf itu mendapat sentuhan rekaan pemain golf anak-beranak terkenal dunia, Jack Nicklaus dan Jack Nicklaus II.

“Fasa kedua ini meliputi keluasan 800 hektar termasuk hotel lima bintang dengan 306 bilik,” katanya pada sidang media di Galeri Jualan Forest City, di sini.

Hadir sama, Jack Nicklaus II dan Pengerusi Persatuan Golf Pelanconga­n Johor (JGTA) Kolonel (B) Mohd Jamal Salleh.

Runze berkata, Jack Nicklaus dan Jack Nicklaus II dipilih menjadi pereka bagi satu daripada padang golf yang bakal menjadi tarikan utama dalam fasa kedua Forest City itu.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya merancang mewujudkan jeti feri di Forest City bagi menggalakk­an kemasukan pelancong namun ia masih dalam peringkat kajian.

“Melihat kepada kerancakan pembanguna­n yang pesat di Forest City, kita mempunyai perancanga­n membangunk­an sebuah feri jeti, di sini.

“Kita juga dalam perbincang­an bersama Jabatan Imigresen Johor dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mengenai reka bentuk pembinaan jeti dan aspek lain termasuk dengan pihak berkaitan di Singapura kerana kemungkina­n feri ini dapat beroperasi di

Forest City menuju ke Tuas di Singapura,” katanya.

Satu daripada padang golf dapat

sentuhan Jack Nicklaus dan Jack

Nicklaus II

Runze

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia