Harian Metro

Puasa & raya

- Noor Azurin Mohd Sharif am@hmetro.com.my

Meraikan Aidilfitri buat kali pertama menjadi pengalaman paling indah buat penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang mengucapka­n dua kalimah syahadah di depan Dr Zakir Naik pada program penceramah antarabang­sa itu, April tahun lalu.

Malah, Sankiran Dharma Diraisinga­m, 25, berkata buat pertama kalinya dia turut menunaikan ibadah puasa selepas bergelar umat Islam.

Menurutnya, walaupun sudah berbeza agama dengan keluargany­a, namun hubunganny­a dengan keluarga tidak terjejas disebabkan ibu dan bapanya menjadi penyokong kuat dan memberikan dorongan ketika dirinya berpuasa.

“Ibu dan ayah masih kekal dengan agama asal (Hindu), namun sokongan mereka membuatkan saya rasa terharu, malah keluarga kini semakin menerima pilihan saya yang mahu memeluk Islam.

“Boleh kata sepanjang Ramadan lalu, jika saya berada di rumah ibu akan bangun awal pagi semata-mata mahu menyediaka­n hidangan untuk saya bersahur. Memang saya terharu

dengan pengorbana­n ibu,” katanya. Penuntut tahun akhir jurusan kejurutera­an elektrik komunikasi itu mengakui keputusan drastik untuk memeluk Islam menyebabka­n hubunganny­a dengan keluarga keruh buat seketika berikutan pelbagai berita negatif mengenai dirinya tular di media sosial.

Katanya, komen netizen memberikan kesan mendalam terhadap dirinya sehingga dia kebingunga­n dan terpaksa mengambil masa untuk memujuk ibu bapanya yang berkecil hati dengan tindakan drastiknya.

“Berikutan itu saya terpaksa mengambil masa untuk menjernihk­an semula keadaan dan keputusan saya mengekalka­n nama asal turut menyejukka­n hati ibu dan ayah,” katanya.

Menceritak­an kisahnya, Sankiran berkata, dia mula terdetik untuk memeluk Islam selepas melihat perubahan pada kembarnya yang terlebih dulu mengucapka­n dua kalimah syahadah, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai abangnya itu.

“Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana ada keluarga Melayu di sini (Melaka) sudi mengambil saya dan abang sebagai anak angkat. Jadi Syawal pertama saya bersama abang lebih meriah memandangk­an keluarga kandung kami tinggal di Perak.

“Keluarga angkat kerap mengajak kami makan malam di rumah mereka selain dibawa ke masjid. Saya raikan Aidilfitri bersama mereka dulu sebelum pulang beraya di Perak bersama ibu bapa,” katanya.

Ditanya mengenai antara cabaran ditempuh selepas setahun menganut Islam, katanya, dia kerap keliru antara hukum Islam dengan hukum dicipta manusia.

“Bagi saya ‘mereka’ ini hanya menyusahka­n agama yang mudah. Pernah sekali saya dimaki dalam masjid kerana lalu di depan orang sedang solat sedangkan ia tidak disengajak­an berikutan tidak sedar dengan kehadiran jemaah terbabit.

“Kalau pun nak marah, tegurlah dengan cara elok. Jadi beginikah sikap orang Islam? Kejadian itu menyebabka­n saya fobia untuk solat berjemaah di masjid. Mujur ada ustaz beri penjelasan dan bimbing saya supaya tidak mudah terpesong.

“Saya harap masyarakat Islam memahami perasaan mualaf dan sensitivit­i kami. Saya tak pernah menyesal peluk Islam, tetapi kesal dengan sikap segelintir pihak saja,” katanya.

April tahun lalu, Sankiran diIslamkan Dr Zakir di hadapan 20,000 hadirin pada satu program ceramah selepas berpuas hati dengan jawapan diberikan penceramah antarabang­sa itu mengenai kebenaran dan kebesaran Islam.

 ?? FOTO: MUHAMMAD HATIM AB MANAN ?? SANKIRAN memeluk Dr Zakir Naik selepas melafazkan dua kalimah syahadah tahun lalu.
FOTO: MUHAMMAD HATIM AB MANAN SANKIRAN memeluk Dr Zakir Naik selepas melafazkan dua kalimah syahadah tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia