Harian Metro

FOTO UBAH DUNIA

-

kejam.

Rakaman foto kumpulan jurugambar yang menggelar diri mereka The Bang Bang daripada Britain pula mendedahka­n kepada dunia mengenai Sudan yang bergolak akibat perang serta cengkaman krisis makanan.

Seorang ahli The Bang Bang, Kevin Carter menarik perhatian dunia apabila merakam gambar seorang kanak-kanak perempuan yang tunduk rebah akibat kebuluran pada 1993.

Gambar berkenaan bertambah tragis apabila seekor burung botak pemangsa turut dirakam menunggu di belakangny­a yang tidak berdaya menapak ke pusat bantuan makanan.

Namun foto itu yang meraih anugerah berprestij Pulitzer Prize pada 1994 juga membawa tragedi kepada Kevin Carter apabila dia bertindak membunuh diri di dalam pikapnya dengan meninggalk­an sekeping nota menjelaska­n tindakanny­a.

Meskipun lensa Carter berjaya memperliha­tkan keparahan kebuluran namun dia turut dikecam kerana gagal menyelamat­kan kanakkanak malang itu sebaliknya didakwa lebih khusyuk memetik kamera semata- mata untuk nama!

Rakaman jurugambar Associated Press, Malcolm Browne saat seorang sami Buddha, Thich Quang

Duc yang duduk bersila membakar dirinya cukup mengejutka­n dunia.

Peristiwa berkenaan berlaku pada Jun 1963 di hadapan istana presiden di Saigon ketika sekumpulan sami Buddha menganjurk­an protes jalanan.

Sekalipun perancanga­n itu diketahui awal oleh jurugambar berkenaan, tetapi dunia tersentak dengan tindakan luar biasa itu yang menbogelka­n mengenai kehodohan Perang Vietnam.

Sekeping lagi foto yang mengolah sejarah dunia ialah gambar sekumpulan kanak-kanak berlari mendapatka­n pertolonga­n selepas pesawat tentera menggugurk­an bom Napalm di perkampung­an Trang Bang di selatan Vietnam pada 1972.

Gambar dengan tajuk Napalm Girl bukan sahaja banyak menerima anugerah, tetapi juga berjaya merubah tanggapan dunia kepada impak peperangan di IndoChina.

Jurugambar Associated Press, Nick Ut yang merakamkan foto itu bukan sahaja berjaya mencetuska­n debat dalam kalangan media ketika itu, tetapi juga dilihat sebagai hero apabila menyelamat­kan gadis berkenaan dengan membawanya ke hospital berdekatan untuk mendapatka­n rawatan.

Nick Ut dijulang kerana bukan sahaja berjaya sebagai jurugambar profesiona­l, tetapi menjadi seorang manusia yang bertanggun­gjawab terhadap seorang manusia lain pada detik amat menggetirk­an.

 ??  ?? GAMBAR sami Buddha membakar diri membongkar kekejaman peperangan di Vietnam.
GAMBAR sami Buddha membakar diri membongkar kekejaman peperangan di Vietnam.
 ??  ??
 ??  ?? NICK Ut bersama gadis Napalm yang ditemui di Cuba.
NICK Ut bersama gadis Napalm yang ditemui di Cuba.
 ??  ?? RAKAMAN perang di Kampung Trang Bang.
RAKAMAN perang di Kampung Trang Bang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia