Harian Metro

‘Kami hanya minum air sungai’

-

“Kejadian ini berlaku disebabkan banjir lumpur dan kami sebenarnya mahu pergi memukat ikan di Sungai Bilong tetapi ketika dalam perjalanan pulang, tiba-tiba berlaku banjir kilat,” kata Awang Andulot, 57, ketika menceritak­an semula kejadian hilang selama hampir seminggu di Hutan Simpan Ulu Segama, Lahad Datu.

Dalam kejadian Rabu lalu kira-kira jam 2.30 petang, lima penduduk Kampung Paris Satu termasuk Awang dan anaknya Tajuddin, 35, masuk ke dalam hutan untuk memukat ikan di sungai namun tidak menemui jalan keluar disebabkan berlaku banjir kilat di kawasan berkenaan.

Akibat kejadian itu, mereka terpaksa beraya di dalam hutan selepas tidak dapat mencari jalan keluar dari hutan terbabit.

Menurut Awang, sudah lima tahun mereka lalu jalan itu tetapi kali ini dinaiki air sehingga menyebabka­n mereka mencari jalan pintas lain.

“Tetapi jalan pintas yang kami ikut tidak menemui jalan keluar menyebabka­n kami tersesat.

“Akibat kejadian itu, selama hampir seminggu kami tidak makan apa-apa dan hanya bergantung kepada air sungai,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Paris Satu, di sini.

Awang berkata, mereka juga terpaksa menggunaka­n rakit dan meredah Sungai Meluak yang ada buaya.

“Sungai Meluak yang kami lalui banyak buaya dan kami berserah saja kepada Tuhan ketika meredah sungai dengan rakit.

“Syukurlah tiada apa yang berlaku dan selama dalam hutan itu, kami juga tidak berasa lapar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia