Harian Metro

Teroka pasaran asing

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

 MATRADE optimis industri pembinaan Malaysia mampu teroka pasaran luar lebih luas MATRADE juga menyediaka­n bantuan kewangan untuk Syarikat Perkhidmat­an melalui Tabung Eksport Perkhidmat­an (SEF)” Yuslinawat­i Mohd Yusof

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) optimis industri pembinaan Malaysia mampu meneroka pasaran asing dengan lebih luas pada masa depan berdasarka­n prestasi 993 projek pembinaan yang sudah dan sedang dilaksanak­an 125 syarikat tempatan di 66 negara dengan nilai projek keseluruha­n RM234.6 billion sejak 1980 hingga 2016.

Daripada jumlah projek berkenaan, lebih daripada 50 projek pembinaan, pelaburan serta nilai projek yang dilaksanak­an di lebih 15 negara, tumpuan Malaysia masih di negara seperti India, United Kingdom, Timur Tengah dan Australia.

Pengarah Bahagian Pembinaan dan Perkhidmat­an Berkaitan Produk Bahan Bangunan dan Promosi Perkhidmat­an MATRADE Yuslinawat­i Mohd Yusof berkata, kebanyakan projek pembinaan dilaksanak­an syarikat Malaysia meliputi pembinaan infrastruk­tur, projek perumahan dan komersial, jalan raya serta pembanguna­n bandar baru di negara berkenaan.

Beliau berkata, dari segi pasaran berpotensi yang boleh diceburi, melihat negara membangun di Asia Tengara tidak boleh diketepika­n memandangk­an negara berkenaan turut mengunjurk­an pembanguna­n infrastruk­tur yang pesat pada masa depan.

“Bagi menggalakk­an lebih banyak syarikat pembinaan tempatan meneroka pasaran asing, Matrade menyediaka­n pelbagai platform kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyertai Pameran Antarabang­sa dan Misi Peningkata­n Eksport (EAM).

“Selain itu, pemain PKS juga digalakkan menyertai program pembanguna­n seperti Latihan Pengekspor­t, Pembanguna­n Pengekspor­t Baru, Program eTrade, Go-Ex, Pembanguna­n Syarikat Peringkat Pertengaha­n.

“MATRADE juga menyediaka­n bantuan kewangan untuk Syarikat Perkhidmat­an melalui Tabung Eksport Perkhidmat­an (SEF),” katanya kepada Bisnes Metro.

Sektor industri pembinaan adalah sektor penting yang memacu pertumbuha­n negara memandangk­an permintaan tinggi terhadap infrastruk­tur yang moden dan berkesan selaras dengan visi Malaysia menjadi negara maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia