Harian Metro

Peluang pasar produk ke peringkat global

-

Petaling Jaya: Lanzhou, ibu negeri dan bandar terbesar di Wilayah Gansu di barat laut China antara destinasi menarik bagi pelaburan koperasi dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini memasarkan produk mereka ke peringkat global.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah yang juga Presiden Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) berkata, ACO adalah payung bagi gerakan koperasi ASEAN yang memainkan peranan sebagai penasihat dan penyelaras kepada koperasi ahli untuk mendapatka­n peluang perniagaan di Zon Perdaganga­n Bebas Baru Lanzhou.

Beliau berkata, zon perdaganga­n itu kerjasama antara kerajaan tempatan Lanzhou dengan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk pemprosesa­n dan pembungkus­an produk yang juga peluang keemasan kepada semua koperasi Malaysia dan ASEAN untuk memasarkan produk dan perkhidmat­an ke China.

ACO mempunyai keanggotan individu 560 juta orang, mewakili 66 peratus daripada jumlah keanggotaa­n koperasi global.

Koperasi itu terbabit dalam pelbagai aktiviti ekonomi dan perniagaan termasuk pertanian, perbankan, perumahan dan penjagaan kesihatan.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara ACO dan Elca Communicat­ion Sdn Bhd, syarikat teknologi dan komunikasi di negara ini dan ACO Trade and Exhibition (Lanzhou) Sdn Bhd (ATE) bagi pemasaran produk koperasi berkenaan di Lanzhou.

“Kerjasama antara ACO dan ATE bertujuan mengekspor­t produk koperasi Malaysia dan negara ASEAN lain dan pihak lain yang berminat menjalin usaha sama dengan ACO pada masa depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia