Harian Metro

Rizieq Shihab beraya di Hadramaut

-

Jakarta: Ketua Barisan Pembela Islam (FPI), Rizieq Shihab yang dinamakan suspek dalam kes perbualan lucah dilapor merayakan Aidilfitri bersama keluargany­a di Kota Tarim di Hadramaut, Yaman.

Perkara itu dinyatakan peguamnya, Kapitra Ampera.

Menurut Kapitra, Rizieq memilih kota berkenaan kerana ingin menemui gurunya di sana.

“Habib (Rizieq Shihab) berhari raya di Tarim. Dia disambut dengan baik di sana,” kata Kapitra kepada CNNIndones­ia.com, semalam.

Kota Tarim terkenal kerana banyak melahirkan ulama dan juga digelar Kota Seribu Wali.

Kapitra juga berkata, alasan lain yang menyebabka­n Rizieq memilih berhari raya di situ ialah kerana menantunya juga menetap di sana.

“Dia tidak mempunyai agenda khusus di sana. Dia mahu menemui gurunya, Habib Omar. Dia akan kembali semula ke Arab Saudi dalam masa terdekat,” kata Kapitra.

Rizieq dinamakan suspek dalam dua kes berasingan. Pertama, dia dikehendak­i kerana menghina Pancasila. Kes itu ditangani polis Jawa Barat.

Kedua, dia terbabit dalam kes perbualan pornografi bersama aktivis politik, Firza Husein.

Dia berlepas ke Arab Saudi bersama keluargany­a untuk menunaikan umrah dua minggu sebelum dinamakan suspek dalam kes kedua.

Semengtara itu, Rizieq dikatakan megemukaka­n beberapa syarat kepada kerajaan Indonesia yang menghendak­i dia pulang untuk disoal siasat, kata seorang lagi peguamnya, Sugito Atmaporawi­ro.

Antara syaratnya, jaminan tidak akan ditangkap ketika tiba di Indonesia dan memberikan dia waktu untuk berehat sebelum disoal siasat.

 ??  ?? RIZIEQ bersama Habib Umar di Kota Tarim di Hadramaut, Yaman. - Agensi
RIZIEQ bersama Habib Umar di Kota Tarim di Hadramaut, Yaman. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia