Harian Metro

Bana antara berpengaru­h

- Reuters

Kanak-kanak Syria yang buat laporan perang di Allepo termasuk dalam senarai orang paling berpengaru­h di Internet

Seorang kanak-kanak Syria berusia lapan tahun yang menarik perhatian dunia dengan laporan kemaskinin­ya menerusi Twitter dari bandar Aleppo semalam dinamakan sebagai antara orang paling berpengaru­h di Internet oleh majalah Time.

Senarai itu juga termasuk pengarang Britain, JK Rowling, penyanyi pop, Rihanna, selebriti, Kim Kardashian dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Time membuat pilihan tahunannya itu berdasarka­n mereka yang mempunyai pengaruh global di media sosial dan yang menjana tajuk akhbar.

Dibantu oleh ibunya Fatemah yang menguruska­n akaun Twitter dengan nama @AlabedBana,

Bana Alabed memuatnaik gambar dan video mengenai kehidupan di celah peperangan di Syria, menarik 365,000 pengikut di laman sosial itu sejak September lalu.

“Saya tidak boleh keluar kerana pengeboman yang

berlaku tolong henti mengebom kami,” tulis Bana ketika dia pertama kali menyertai Twitter pada 24 September 2016.

“Aleppo ialah bandar yang bagus, tetapi kami perlukan keamanan. Saya mahu hidup seperti kanak-kanak lain. Tetapi keadaan saya kini tertekan,” tulisnya lagi.

Disember lalu, Bana yang berusia tujuh tahun ketika itu, dipindahka­n bersama keluargany­a ke Turki dari kawasan yang dikuasai kumpulan penentang Presiden Bashar al-Assad.

Mereka disambut Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di kediamanny­a.

 ??  ?? GAMBAR fail, Bana ketika melaporkan keadaan perang di Syria.
GAMBAR fail, Bana ketika melaporkan keadaan perang di Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia