Harian Metro

57 terbunuh

- AFP

Serangan pakatan diketuai AS terkena penjara Daish di Syria

Seramai 57 orang terbunuh dalam satu serangan udara yang dipercayai dilakukan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat terhadap sebuah penjara Daish di timur Syria, kata kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria, semalam.

Pakatan yang diketuai Amerika Syarikat itu berkata, ia akan menyiasat laporan berkenaan.

Menurut kumpulan pemerhati itu, serangan udara itu dilakukan awal pagi Isnin lalu dan mengenai sebuah bangunan di bandar al-Mayadeen yang digunakan sebagai penjara.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 57 orang terbunuh dan mangsa dipercayai tahanan Daish.

Stesen televisyen milik kerajaan Syria, al-Ikbariya pula memetik koresponde­nnya di Deir al-Zor sebagai berkata, pesawat pakatan yang diketuai Amerika Syarikat memusnahka­n sebuah bangunan di al-Mayadeen yang digunakan sebagai penjara oleh Daish.

Dalam laporan ringkasnya, ia berkata, bangunan itu digunakan sebagai penjara untuk menahan sejumlah besar orang awam.

Jurucakap pakatan itu, Kolonel Ryan Dillon berkata: “Kami akan menyiasat dakwaan itu. Jika kami yang bertanggun­gjawab terhadap kematian orang awam, kami akan membuat pengakuan.”

Dia juga mendakwa, kumpulan pemerhati hak asasi Syria sebelum ini sering membesar-besarkan cerita yang tidak benar.

Daish dipercayai memindahka­n kebanyakan pemimpinny­a ke al-Mayadeen di Lembah Furat di Syria. Ia terletak di tenggara Raqqa, ibu negeri kumpulan itu yang kini terkepung.

Antara operasi yang dipindahka­n ke al-Mayadeen, kira-kira 80 kilometer ke barat sempadan Iraq ialah bahagian propaganda­nya serta unit kawalan serangan di Eropah dan tempat lain.

 ??  ?? SEORANG budak bermain bola di hadapan sebuah bangunan yang musnah di Douma, kejiranan di Damsyik yang dikuasai kumpulan penentang Bashar, semalam. - Reuters
SEORANG budak bermain bola di hadapan sebuah bangunan yang musnah di Douma, kejiranan di Damsyik yang dikuasai kumpulan penentang Bashar, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia