Harian Metro

RONALDO TETAP MENGANCAM

- AFP Kazan, Russia

 Bintang Portugal itu mampu hampakan Chile walaupun hadapi kemelut luar padang

Juara Copa America Chile akan cuba untuk membendung Cristiano Ronaldo dalam aksi separuh akhir Piala Konfederas­i, hari ini dengan ayam tambatan Portugal itu berada pada prestasi terbaik meskipun terbabit dengan kemelut cukai di Sepanyol.

Pemain berusia 32 tahun itu menyempurn­akan penalti ketika pasukannya membelasah New Zealand 4-0, Sabtu lalu, untuk gol antarabang­sanya yang ke-75.

Penyerang Real Madrid itu kini sudah menjaringk­an 16 kali dalam 10 perlawanan terakhir untuk kelab dan negaranya.

Kapten Portugal itu akan berdepan dengan tuduhan mengelak cukai di mahkamah Madrid bulan depan, tetapi begitu licik di padang Russia, meraih gelaran pemain terbaik perlawanan dalam semua tiga aksi, menjaringk­an dua gol selain sekali membantu gerakan gol.

Selepas mengemudi Portugal ke takhta Euro 2016 di Paris setahun lalu, Ronaldo mahu gelaran antarabang­sa kedua di final Piala Konfederas­i di St Petersburg, Ahad ini, menentang sama ada Mexico atau Jerman yang bertemu dalam satu lagi separuh akhir esok.

Ronaldo semakin menghampir­i rekod legenda Eropah Ferenc Puskas dengan menjaringk­an 84 gol antarabang­sa meskipun terbabit dalam kemelut di luar padang selain berdepan spekulasi mengenai masa depannya apabila mengancam untuk meninggalk­an Real.

“Kita semua tahu dia seorang pemain luar biasa, begitu berbahaya dan boleh menentukan hala tuju perlawanan secara berseorang­an,” kata pemain tengah Chile Marcelo Diaz yang sering berdepan Ronaldo dengan kelabnya Celta Vigo pada sidang media kelmarin.

“Dia mempunyai musim menakjubka­n di Sepanyol, juga bermain dengan kekuatan sama di sini, sebab itu Portugal berada di separuh akhir.

“Perkara paling utama adalah cuba menghalang­nya daripada mendapatka­n bola dan menjaringk­an gol.”

Chile yang menjuarai Copa America pada 2015 dan 2016, akan menentang Portugal yang dianggap ujian paling besar di Russia dengan pasukan Amerika Selatan itu belum pernah menewaskan Portugal dalam tiga percubaan dengan dua kekalahan dan satu seri.

Kepenatan juga menjadi isu dalam kalangan pemain Portugal.

Ketua pasukan Fernando Santos memilih untuk tidak merehatkan walau seorang penyerangn­ya, membabitka­n Ronaldo,

Joao Moutinho, Andre Gomes dan Bernardo

Silva.

Jurulatih Chile

Juan Antonio Pizzi pula mempunyai semua 23 pemain yang cergas dengan pemain tengah Charles Aranguiz semakin sembuh daripada kecederaan dialami ketika seri 1-1 dengan Australia.

Meskipun ragu-ragu mengenai masa depan Alexis Sanchez di Arsenal, kem Chile berkata penyerang bintang mereka berada dalam semangat tinggi.

“Dia memberikan yang terbaik di sini dan saya fikir kebanyakan pemain akan melakukan yang sama,” kata Pizzi.

 ??  ?? SANCHEZ (tiga dari kiri) sandaran Chile robek gawang lawan. DIAZ (kanan) tekad kekang Ronaldo.
RONALDO
SANCHEZ (tiga dari kiri) sandaran Chile robek gawang lawan. DIAZ (kanan) tekad kekang Ronaldo. RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia