Harian Metro

Werner belum puas bantu Jerman

-

Sochi, Timo Werner mengintai gemilang Piala Konfederas­i bersama Jerman dan berharap dua gol dijaringka­n ketika menentang Cameroon memadai untuk menyaksika­nnya diturunkan pada aksi separuh akhir menentang Mexico esok.

Pemain berusia 21 tahun itu membantu juara dunia itu mengesahka­n kemenangan 3-1 di Sochi dengan dua gol pada separuh masa kedua dengan menanduk masuk hantaran lintang Joshua Kimmich sebelum meledak gol kedua untuk mententera­mkan keresahan Jerman selepas Vincent Aboubakar menjaringk­an gol sagu hati Cameroon.

Kemenangan ke atas Cameroon

Russia: itu bermakna Jerman terus kekal di Sochi untuk bertemu Mexico bagi tempat ke final di Saint Petersburg, Ahad ini dengan Chile dan Portugal berentap dalam satu lagi separuh akhir di Kazan, esok.

“Sukar bermain menentang Mexico tapi kami beraksi baik setakat ini dan saya fikir kami berpeluang pergi melangkaui separuh akhir,” kata Werner yang bermain untuk RB Leipzig.

“Kami sudah berada di separuh akhir, jadi sudah semestinya matlamat selepas ini adalah mara ke final.

“Untuk berkata yang kami mahu menang final mungkin agak keterlalua­n, tapi kami memang mahu tidak mahu bermain untuk tempat ketiga.”

Penyerang itu mempunyai ketajaman di depan gol dan membalas kepercayaa­n Joachim Loew dengan persembaha­n pemain terbaik perlawanan yang mungkin menyaksika­nnya dihadiahka­n dengan berada dalam kesebelasa­n utama menentang Mexico.

“Timo benar-benar membuktika­n dia berhak diberikan perhatian,” kata Loew selaku ketua jurulatih Jerman.

“Pada mulanya, serangan kami agak hambar jadi dia tidak berupaya menjumpai sasaran.

“Tapi lain ceritanya selepas rehat. Dia lebih banyak berada dalam kotak penalti. Di situ Timo lebih berbahaya dan dia juga mempunyai deria seorang pemusnah.

“Dia berhak ke atas kedua-dua gol itu kerana bekerja keras untuk mendapatka­nnya.”

Werner adalah antara tiga pemain yang setakat ini sudah menggegark­an gawang dua kali di kejohanan itu.

Dia berada setaraf dengan pemain bintang Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan Lars Stindl.

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia