Harian Metro

Empat tonggak sandaran Maniam

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor P Maniam yakin empat pemain penyerang berpengala­man Mohd Amri Yahyah, Andik Vermansyah, Rufino Segovia dan Francis Forkey Doe bakal menjadi taruhan terbaik mereka untuk menggempur pasukan lawan apabila saingan Liga Super kembali bermula 1 Julai depan.

Kombinasi pemain berkenaan sudah diuji dalam beberapa siri perlawanan persahabat­an ketika saingan liga berehat sepanjang Ramadan dengan Segovia pemain terbaru dibawa masuk pada tempoh pendaftara­n kedua pada 15 Mei hingga 11 Jun lalu selepas kemasukan Amri dan Andik.

Segovia, penyerang import dari Sepanyol paling menyerlah dengan meledak empat gol dalam tiga perlawanan persahabat­an termasuk ketika menewaskan PJ Rangers 3-0 pada 20 Jun lalu.

Menurut Maniam, gandingan empat pemain ini diharap dapat menyelesai­kan masalah serangan kurang menjadi Selangor sebelum ini.

“Kalau tengok Rufo (Rufino), Andik, Forkey Doe dan Amri, mereka berjaya membentuk kombinasi baik tapi mereka perlu lebih buat gerakan satu-dua, mereka perlu banyak berlatih,” katanya.

Bagaimanap­un beliau turut mengharapk­an empat pemain berpengala­man ini dapat memainkan peranan lebih banyak dalam membantu pasukan.

“Kita ada penyerang seperti Rufo, Forkey Doe, Andik dan Amri tapi mereka perlu membantu ketika bertahan, harus tolong pemain lain dan bermain sebagai satu pasukan,” jelas Maniam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia