Harian Metro

Farhan jahit baju anak

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Aidilfitri tahun ini lebih ceria dengan

kehadiran cahaya mata

Penyanyi yang bakatnya digilap menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Farhan Azizan mengakui tiada masalah menjaga puteri sulungnya, Souffea Zulaeqha yang kini berusia tiga bulan.

Farhan, 32, berkata, dia beruntung kerana mempunyai keluarga dan adik yang berpengala­man menjaga anak kecil.

“Alhamdulil­lah setakat ini saya dan suami tidak berdepan masalah besar untuk menjaga Souffea.

“Lagipun, kami banyak kutip pengalaman keluarga. Cuma pada tiga hari pertama kelahiran saya kekok memegang Souffea dan menjaga waktu makannya,” kata Farhan.

Siapa sangka, berkat kesabaran yang tinggi untuk menimang cahaya mata dan pernah mengalami keguguran sebelum ini, Farhan teruja menyambut Aidilfitri bersama cahaya matanya itu.

“Alhamdulil­lah, kehidupan saya dan suami semakin ceria dengan adanya Souffea.

“Kalau dulu kami beraya berdua, kini sudah bertiga. Saya menjahit baju kurung untuk Souffea dan teruja mencari kasutnya.

“Saya jahit sendiri kerana susah mencari baju kurung untuk anak kecil berusia tiga bulan,” katanya yang menyambut Aidilfitri bersama keluarga mentuanya di Kuantan, Pahang.

Segelintir selebriti wanita memilih memperlaha­nkan aktiviti seni selepas bergelar ibu namun Farhan akan meneruskan karier nyanyian seperti biasa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia