Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV9, 8.30 malam IMAM SAMAR-SAMAR TV3, 12.02 tengah hari Jangan Pandang Belakang Congkak TV3, 2 petang PERGILAH CINTA TV3, 6.58 petang KU KIRIM CINTA EPISOD 22

Mengisahka­n seorang guru dan bilal bernama Rahim yang bekerja di Masjid Al-Hidayah. Dia ditugaskan oleh pengerusi dan imam masjid, Hanafi untuk mencari seorang imam jemputan untuk mengetuai solat Tarawih.

Azmi mendapat idea menyamar sebagai imam jemputan itu. Satu hari, Azmi menyedari dirinya langsung tidak layak menjadi imam.

Azmi kemudian menghubung­i Rahim dan meminta maaf serta berjanji akan menebus kesalahann­ya.

Rahim menyuruh Azmi menebus dengan menjadi imam sebenar. Azmi belajar mendalami ilmu agama dan berjaya mencuri hati anak Hanafi.

Pelakon: Johan As’ari, Mawar Rashid, Shamsul Ghau Ghau dan Mubarak Majid Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir yang hidup kaya raya dan dikatakan memelihara saka. Melihat raut wajahnya, tiada siapa menyangka usia Pak Sudir sudah mencecah 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan pembantu yang dikenali sebagai Mustika.

Pada saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh berlaku dan menggempar­kan penduduk kampung. Ada yang percaya Pak Sudir sudah lama meninggal dunia dan yang terlantar sakit adalah sakanya.

Pelakon: Sam Shaheizy , Cat Farish, Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Azlee Jaafar dan Piee. Reza ingin memberi kejutan kepada isterinya, Liyana sempena ulang tahun perkahwina­n yang kelima. Liyana mengalami kemurungan sejak ibunya meninggal dunia.

Reza cuba sedaya upaya menceriaka­n isterinya. Namun, Reza terkejut apabila Liyana meninggalk­annya dan mahu bercerai.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Diana Danielle dan Raja Afiq DFKL. Nordin tidak hairan dengan ugutan Farhan. Namun, Nordin mula gelisah apabila Farhan menegaskan yang Nisha akan berlalu pergi sekiranya mengetahui kisah hidup Nordin dan Liyana.

Pelakon: Redza Rosli, Ayda Jebat, Julia Farhana, Fahd Iman dan Fizz Fairuz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia