Harian Metro

Segovia mahu segera cetus impak bersama Selangor

-

Kuala Lumpur: Penyerang import baru Selangor Rufino Segovia berharap dapat segera memberikan impak kepada pasukan apabila dijangka membuat penampilan pertama menentang T-Team dalam saingan Liga Super pada 1 Julai depan.

Bagi pemain kelahiran Sepanyol itu, dia yakin sudah cukup bersedia untuk memikul tugas bersama skuad Red Giants dalam misi mencari kedudukan terbaik bagi baki sembilan perlawanan.

“Saya gembira dapat bersama pasukan ini kerana saya tahu pemain luar yang datang ke Malaysia, mereka mahu bermain dengan Selangor.

“Selangor pasukan yang mempunyai reputasi besar dan pada saya, ini satu penghormat­an,” katanya kepada Arena Metro.

Segovia, 32, dipancing Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk menggantik­an pemain import Timor Leste Juliano Mineiro yang terpaksa digugurkan kerana masalah kecederaan pada tempoh perpindaha­n pemain bermula 15 Mei hingga 11 Jun lalu.

Kehadirann­ya dianggap tugas besar buat bekas pemain kelab Hong Kong Kitchee kerana dia mengambil tempat Mineiro yang beraksi agak baik sebelum ini.

Segovia yang pernah mewakili kelab Sepanyol Rayo Vallecano, skuad simpanan Atletico Madrid dan Valladolid sudah diuji dalam sesi latihan dan perlawanan persahabat­an sepanjang liga berehat sempena Ramadan untuk berganding­an bersama Francis Forkey Doe.

Dia yakin keserasian bersama pemain semakin baik biarpun mengakui tempoh waktu singkat.

 ??  ?? AMRI (kiri) antara sandaran Maniam.
AMRI (kiri) antara sandaran Maniam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia