Harian Metro

SESAT SAMPAI MATI

 57 rakyat kita sertai Daish terperangk­ap di Syria, enggan ambil risiko pulang ke tanah air

- lapor Muhammad Saufi Hassan

Kononnya berjihad kerana Allah dan ingin mati syahid di medan perang. Namun hakikatnya, 57 rakyat Malaysia kini ‘terperangk­ap’ selepas menyertai gerakan militan Daish di beberapa negara Timur Tengah berikutan kejatuhan kubu kuat kumpulan pengganas itu di Mosul, Iraq dan Allepo serta Raqqa, Syria. Mereka nekad untuk terus berjuang sehingga menemui ajal kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada,

‘J ihad sampai mati’. Itu yang sedia dilakukan lebih 50 rakyat Malaysia yang ‘terperangk­ap’ selepas menyertai gerakan militan Daish di beberapa negara Timur Tengah susulan kejatuhan kubu kuat kumpulan itu di Mosul, Iraq dan Aleppo serta Raqqa, Syria.

Difahamkan, 57 rakyat tempatan masih berada di Syria, termasuk wanita dan kanak-kanak dan mereka meneruskan perjuangan termasuk ‘pelapis militan cilik’ yang didedahkan dengan pelbagai kepakaran.

Perkara itu didedahkan Panel Pakar Rehabilita­si dan Deradikali­sasi Pusat Kajian Jenayah Rentas Sempadan (UNICRI) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam yang melihat rakyat Malaysia kekal dengan perjuangan mereka biarpun meragut nyawa.

“Falsafah mereka mudah, jihad sampai mati. Untuk pulang ke negara asal iaitu Malaysia, perkara itu mustahil berlaku selepas melihat kesan yang bakal ditanggung.

“Jika mereka pulang ke Malaysia, sudah pasti mereka ditahan polis dan menjalani hukuman mengikut undang-undang sedia ada terutama membabitka­n keganasan,” katanya, di sini, semalam.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengesan 95 rakyat Malaysia berada di Timur Tengah, namun lebih 30 daripadany­a meninggal dunia akibat terbunuh dalam peperangan.

Sembilan individu menjadi pengebom berani mati, manakala lapan ditahan ketika balik ke Malaysia.

Mohd Mizan berkata, baki rakyat Malaysia yang berada di beberapa negara Timur Tengah ini memilih kekal dalam perjuangan biarpun hakikatnya perkara itu pasti mengorbank­an nyawa mereka.

“Mereka ini terhimpit, jika tidak berjuang mereka pasti ditahan pihak berkuasa Syria atau mana-mana negara dan menjalani hukuman mengikut undang-undang negara itu.

“Jika mereka kembali ke Malaysia pun situasi sama berlaku iaitu menjalani hukuman. Jadi, langkah terbaik pada fikiran mereka adalah berjuang.

“Apa yang membimbang­kan pelapis militan cilik ini didedahkan dengan pelbagai kepakaran termasuk bahan letupan. Mereka ini yang menjadi pewaris perjuangan,” katanya.

Menurutnya, maklumat yang diperolehi mendapati ‘madrasah’ (sekolah) untuk melatih kanak-kanak ini dengan persenjata­an memang wujud.

“Perkara itu diakui militan kita yang berpangkal­an di Syria menerusi perbualan di laman sosial. Kebimbanga­n ini memang nyata dan bukan dakwaan semata-mata. “Berdasarka­n rekod, saya menganggar­kan 57 rakyat kita berada di Syria iaitu 37 lelaki dan 20 perempuan.

“Ini termasuk kanak-kanak kerana 57 rakyat kita yang berada di sana ada yang mempunyai keluarga dan ada juga anak yang dilahirkan di Syria,” katanya.

Mereka ini terhimpit, jika tidak berjuang mereka pasti ditahan Dr Mohd Mizan

Mohd Aslam

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 28 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro 28 Oktober lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 5 November lalu.
LAPORAN Harian Metro 5 November lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 22 November lalu.
LAPORAN Harian Metro 22 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia