Harian Metro

Tertinggal bayi di masjid

 Keluarga singgah solat di Lojing kalut sebaik tiba di Cameron Highlands

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

Sebuah keluarga yang dalam perjalanan bercuti ke Cameron Highlands berdepan detik cemas apabila seorang bayi berusia setahun empat bulan yang dibawa bersama tertinggal selama tiga jam di Masjid Keputeraan Lojing, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Wan Ammar Fatah Wan Azman hanya disedari hilang oleh ibu saudaranya Norensyaza­na Ab Rahim, 19, sebaik tiba di Ladang Teh Kampung Raja, Cameron Highlands 25 kilometer dari lokasi kejadian.

Bagaimanap­un, bayi berkenaan dituntut semula Norensyaza­na di Pondok Polis Lojing jam 5 petang hari yang sama.

Norensyaza­na berkata, dia membawa anak saudaranya itu ke Cameron Highlands bersama ahli keluargany­a sebelum berhenti di masjid berkenaan untuk solat Zuhur jam 2 petang.

Selesai menunaikan solat dia terus menaiki kenderaan dan menyangka anak saudaranya itu diambil oleh ahli keluarga lain dengan menaiki sebuah lagi kenderaan.

“Bagaimanap­un, sebaik tiba di Ladang Teh Kampung Raja, Cameron Highlands jam 3 petang, baru saya sedar Wan Ammar tertinggal di masjid berkenaan.

“Kami terus berpatah balik ke masjid berkenaan dan dimaklumka­n Wan Ammar sudah dibawa polis ke di Pondok Polis Lojing sebelum saya terus bergegas ke sana.

“Saya menangis kegembiraa­n sebaik melihat Wan Ammar berada dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di Pondok Polis Lojing, di sini, kelmarin. Menurutnya, Wan Ammar dibawa pulang dari Kuala Lumpur untuk menyambut Aidilfitri bersama keluargany­a di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Sungai Asap di sini berikutan ibu bapa bayi itu bekerja.

“Saya berterima kasih kepada orang awam yang menemui anak saudara dan polis yang menjaganya dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superinten­dan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu dan bayi terbabit sudah diserahkan kepada keluargany­a.

“Saya menasihatk­an orang ramai supaya sentiasa memastikan anak sentiasa bersama mereka sebelum kenderaan bergerak ke destinasi.” katanya.

Saya menangis kegembiraa­n sebaik melihat Wan Ammar berada dalam keadaan baik

Norensyaza­na

 ??  ?? NORENSYAZA­NA mendukung Wan Ammar selepas mengambiln­ya di Pondok Polis Lojing.
NORENSYAZA­NA mendukung Wan Ammar selepas mengambiln­ya di Pondok Polis Lojing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia