Harian Metro

Misteri menjelang Syawal

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

 Anak bongsu daripada lima beradik gagal dikesan sehingga kini

Sambutan Aidilfitri buat satu keluarga tidak bermakna apabila adik bongsu daripada lima beradik hilang dan gagal dikesan sehingga kini.

Kehilangan Amiruddin Amrizal, 23, secara tiba-tiba pada 21 Jun lalu iaitu tiga hari sebelum menyambut hari raya dianggap misteri buat keluarga terbabit.

Kakaknya, Rahifah, 26, berkata, Amiruddin tinggal sendirian di rumah keluarga di Taman Desa Permai, Repah kerana ibu mereka ke rumah seorang abangnya di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, kali terakhir dia menghubung­i Amiruddin pada 20 Jun meminta menjemputn­ya di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tampin untuk pulang bercuti pada malam raya.

“Ketika itu, kami berbual seperti biasa dan adik tidak menunjukka­n reaksi mahupun memberitah­u tidak dapat menjemput saya.

“Bagaimanap­un,

ketika adik-beradik saya yang lain pulang ke kampung pada 22 Jun, mereka mendapati adik tiada di rumah dan tidak pulang sehingga lewat malam, lalu mereka menghubung­i adik tetapi gagal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, Amiruddin dipercayai keluar rumah dengan menunggang motosikal Honda Wave berwarna hitam dengan nombor pendaftara­n NCC6975 yang sering digunakann­ya.

Rahifah berkata, bimbang keselamata­n Amiruddin, abangnya membuat laporan polis berhubung kehilangan itu di Balai Polis Tampin pada 24 Jun lalu.

“Kami kemudian meminta bantuan rakan yang memuat naik gambar adik di Facebook. Ada yang memberitah­u ternampak adik di Kuala Lumpur dalam keadaan tidak terurus. Saya syak adik mengalami tekanan perasaan,” katanya.

Rahifah meminta orang ramai yang melihat Amiruddin atau mempunyai maklumat mengenai adiknya supaya segera menghubung­inya di talian 017-2450186.

 ??  ?? AMIRUDDIN (dalam bulatan) yang masih tidak pulang ke rumah sejak 21 Jun lalu.
AMIRUDDIN (dalam bulatan) yang masih tidak pulang ke rumah sejak 21 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia