Harian Metro

‘Sebulan saya tengok dia gelisah’

-

Gua Musang: “Sudah sebulan saya tengok dia gelisah saja dan malam Rabu lalu, dia terus hilang dari rumah,” kata Leha Jali, 41, ibu Norazira Sani, 17, remaja yang hilang dari rumahnya di Kampung Sendrop di sini, sejak lima hari lalu.

Remaja berkenaan dipercayai lari dari rumahnya mengikut teman lelaki warga Indonesia yang bekerja di ladang sayur tidak jauh dari rumahnya di Lojing.

Leha berkata, dia menyedari kehilangan anak gadisnya kira-kira jam 10 malam Rabu lalu selepas mendapati anaknya tiada di dalam bilik rumahnya.

Dia kemudian memaklumka­n kehilangan anak perempuann­ya kepada suaminya, Sani Along, 42, sebelum meminta penduduk kampung melancarka­n gerakan mencarinya di kawasan sekitar.

“Gerakan mencari bermula sejak malam Rabu lalu hingga petang ini namun anak saya masih gagal dikesan.

“Di bilik tidurnya, saya menemui kad pengenalan dan dia juga tidak membawa pakaian ketika keluar dari rumah.

“Sebelum ini, dia tidak pernah keluar rumah waktu malam dan saya percaya dia mengikut teman lelaki warga Indonesia yang bekerja di kawasan berhampira­n,” katanya di sini, kelmarin.

Leha berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu menganggur selepas berhenti sekolah ketika berada di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Raja, Cameron Highlands.

“Sebelum kehilangan­nya, saya menyedari anak saya kelihatan muram namun dia tidak pernah memberitah­u masalah yang dihadapi.

“Saya belum membuat laporan polis kerana ingin berusaha mencari bersama penduduk kampung,” katanya.

 ??  ?? LEHA menunjukka­n gambar Norazira yang hilang lima hari lalu.
LEHA menunjukka­n gambar Norazira yang hilang lima hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia