Harian Metro

19 lokasi panas markas penagih

-

Sebanyak 19 lokasi panas dikenal pasti pihak polis sebagai ‘markas’ penagih dan pengedaran dadah kerap berkumpul di sekitar ibu kota.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Guan Beng Kang berkata, kebanyakan lokasi itu sudah wujud puluhan tahun lalu meskipun usaha pemutihan di kawasan berkenaan terus dilakukan.

“Ada sesetengah kawasan sudah banyak kali diserbu dan dibersihka­n namun sindiket dadah dan penagih tegar masih menjadikan lokasi sama sebagai kubu mereka dengan menukar modus operandi.

“Setiap kali serbuan, modus operandi mereka juga turut berubah. Pengedar dadah kini lebih licik bagi mengelak perbuatan itu dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Guan berkata, pihaknya mengenal pasti 19 lokasi panas penagihan dan pengedaran dadah mengikut lima daerah di sekitar pusat bandar ini.

“Di daerah Dang Wangi, kami mengenal pasti tujuh lokasi panas termasuk di Bukit Bintang, Lorong Haji Taib serta Flat San Peng, manakala di daerah Brickfield­s pula membabitka­n Jalan Kerayong, Jalan Klang Lama dan Pantai Dalam.

“Di daerah Cheras pula membabitka­n lokasi Flat Taman Mulia dan Flat Sri Johor. Manakala kegiatan dadah di Daerah Wangsa Maju kerap dikesan berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas serta PPR Jelatek.

“Selain itu Rumah Panjang Jinjang Utara dan kawasan bawah jejambat Bulatan Batu Caves adalah tumpuan penagih di daerah Sentul,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjalanka­n Operasi Sarang (Op Sarang) seminggu sekali di setiap daerah dalam usaha menahan dan mengesan penagih serta pengedar dadah di bandaraya ini.

“Berdasarka­n rekod, bilangan penagih dadah meningkat kepada 2,900 tangkapan pada tahun ini apabila seramai 6,765 individu ditahan bagi tempoh Januari hingga April lalu berbanding hanya 3,865 penagih pada tempoh yang sama tahun lalu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia