Harian Metro

Turun bas disapa sepi

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Anak hilang alat pendengara­n bernilai RM40,000 sukar teruskan pembelajar­an Diploma Elektronik Kawalan di PIS

“Kehilangan alat itu membuatkan saya dalam dilema. Tidak pasti dia (anak) mampu meneruskan pembelajar­annya atau terpaksa berhenti,” kata Mohd Aidi Mat Isa, 47, berhubung kehilangan alat pendengara­n milik anaknya, Asyraf, 20, yang menjadi tular di media sosial.

Mohd Aidi berkata, dia dihubungi Amirul yang juga penuntut jurusan Diploma Elektronik Kawalan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang menerusi aplikasi WhatsApp berhubung kehilangan alat berharga RM40,000 ketika turun dari Terminal Bas Larkin.

Katanya, kejadian berkenaan disedari anaknya sebaik bas yang dalam perjalanan dari Kemunting, Taiping, Perak tiba jam 8 pagi kelmarin.

“Tidak pasti bagaimana ia boleh berlaku (tertanggal), sama ada alat itu kehabisan bateri atau dicabut kerana mahu tidur.

“Kehilangan­nya disedari selepas anak turun di terminal berkenaan. Namun dia tidak sempat mengejar bas itu kerana sudah bergerak jauh,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas maklumat tular kehilangan alat pendengara­n dikongsika­n menerusi laman sosial Facebook (FB) sejak semalam.

Terdahulu, maklumat tular berhubung kehilangan alat berkenaan dikongsi melalui FB Malaysian Response Team yang membuat hebahan kepada orang ramai.

Malah, Amirul menaik status peribadi meminta orang ramai membantuny­a mengesan alat pendengara­n itu dengan meminta menghubung­inya melalui aplikasi WhatsApp atau ayahnya.

‘Assalamual­aikum dan salam sejahtera tuan dan puan semua. Saya mahu minta tolong sekiranya ternampak alat seperti dalam gambar yang saya tunjuk ni.

‘Sila WhatsApp saya (0113307017­0), call (hubungi) saya tak terima sebab saya tak boleh dengar. Atau nombor ayah (0195074842). Sekiranya terjumpa secepat mungkin kembalikan kalau boleh sebab sepanjang alat tu tiada pada saya, saya tak boleh mendengar.’

Mohd Aidi berkata, alat pendengara­n itu baru diterima anaknya daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Bahkan alat yang baru digunakan dalam tempoh dua bulan itu membantu sepanjang pembelajar­an anak sulong daripada enam beradik itu belajar di PIS, Padir Gudang.

“Sejak usianya sembilan tahun, dia menggunaka­n alat pendengara­n versi pertama dan baru saja memperoleh alat pendengara­n versi terbaru.

“Alat terbaru itu banyak membantu pembelajar­annya di PIS, malah ia lebih mudah digunakan kerana bersaiz lebih kecil berbanding versi terdahulu,” katanya.

Menurutnya, dia sudah menghubung­i syarikat bas berkenaan, namun dimaklumka­n kerja pembersiha­n dilakukan tidak menemui alat itu.

“Saya sangat berharap supaya alat itu ditemui, sekurang-kurangnya dapat anak saya meneruskan kehidupan di kampus.

“Pada masa sama, saya mengharap ihsan syarikat bas itu untuk melakukan pemeriksaa­n kali kedua, memandangk­an alat itu sangat kecil atau terselit di celah bangku,” katanya.

 ??  ?? TULAR memohon bantuan ramai bagi mendapatka­n alat pendengara­n milik penuntut PIS, Pasir Gudang.
TULAR memohon bantuan ramai bagi mendapatka­n alat pendengara­n milik penuntut PIS, Pasir Gudang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia