Harian Metro

Terkejut 12 saman tertunggak

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

“Eh banyaknya, encik pastikah saman itu kepunyaan saya?” kata seorang wanita apabila diberitahu anggota polis trafik mengenai 12 saman tertunggak dimilikiny­a ketika ditahan dalam operasi khas sempena Aidilfitri di Jalan Bahau-Juasseh, malam kelmarin.

Wanita berusia 28 tahun terbabit menafikan saman berkenaan miliknya, malah mendakwa tidak menerima sebarang surat mengenai kesalahan itu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superinten­dan Noorzainy Mohd Noor berkata, kereta wanita itu antara 440 kenderaan diperiksa dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan polis bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

Katanya, pada mulanya, wanita terbabit ditahan kerana memandu sambil memangku anaknya berusia la- pan bulan yang boleh mendatangk­an bahaya kepada mereka.

“Hasil semakan kami mendapati dia mempunyai 12 saman tertunggak atas kesalahan memandu melebihi had laju sejak 2014.

“Dia menafikan melakukan kesalahan berkenaan dan mendakwa hanya memandu

 Wanita memandu sambil pangku anak dakwa tidak pernah terima notis

ke tempat kerja. Bagaimanap­un, dia mengakui keretanya turut digunakan ahli keluarga lain termasuk suami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Berikutan itu, Noorzainy berkata, pihaknya menasihati wanita terbabit menyemak semula saman itu sebelum tindakan undang-undang diambil.

Sementara itu, Pengarah JPJ Negeri Sembilan Azrin Borhan berkata, 440 kenderaan diperiksa dalam operasi membabitka­n 118 pegawai dan anggota.

Menurutnya, pihaknya mengeluark­an 242 notis atas pelbagai kesalahan, manakala polis mengeluark­an 45 saman dan 10 motosikal serta dua kereta disita.

Katanya, operasi itu turut mendapat kerjasama Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar.

 ??  ?? ANGGOTA JPJ menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap kenderaan pada Op Khas di Jalan Bahau-Juasseh, kelmarin.
ANGGOTA JPJ menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap kenderaan pada Op Khas di Jalan Bahau-Juasseh, kelmarin.
 ??  ?? Anggota polis memeriksa motosikal dalam operasi di Jalan Bahau- Juasseh.
Anggota polis memeriksa motosikal dalam operasi di Jalan Bahau- Juasseh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia