Harian Metro

14 lagi tersenarai skim kaut wang

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

 BNM umum syarikat anjur pelaburan haram

serta syarikat berkenaan.

“Senarai terbaru ini memberi panduan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia mengikut undang-undang berkaitan. Mereka perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa berkaitan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan.

“BNM akan mengemas kini senarai syarikat ini dari semasa ke semasa,” katanya.

“14 syarikat terbaru yang termasuk dalam senarai BNM ialah CYL Asia Enterprise, CYL Peoria Enterprise, CYL Prospect Trading, CYL4U Resources, JJ Commerce Trading, JJ Online Enterprise, L & L Property Ventures SB, Mama Captain Internatio­nal, Nahana Global Resources, New Gen Food Sdn Bhd, NGR Asia Group Sdn Bhd, NGR Global Sdn Bhd, Relax Green Enterprise dan Richway Green Venture,” jelasnya.

BNM berkata, perlindung­an pengguna di bawah undang-undang BNM tidak terpakai sekiranya orang ramai memilih untuk berurusan dengan penyedia perkhidmat­an kewangan yang tidak sah, malah orang ramai yang terbabit dengan aktiviti kewangan tidak sah ini boleh didakwa kerana bersubahat.

Katanya, orang ramai dinasihati tidak berurusan dengan mana-mana penyedia perkhidmat­an kewangan tidak sah, mendedahka­n maklumat kewangan peribadi kepada penyedia perkhidmat­an kewangan tidak sah dan terbabit dengannya.

“Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat mengenai senarai syarikat ini menerusi aplikasi MyBNM. Selain itu, sebarang maklumat mengenai aktviti tidak sah dan mencurigak­an berkaitan kewangan boleh diadukan kepada BNMTELELIN­K di talian 1-300-88-5465 atau emel bnmtelelin­k@bnm.gov.my.

“Antara aktiviti kewangan tidak sah yang boleh dilaporkan kepada BNM ialah pengambila­n deposit secara tidak sah, skim perniagaan mata wang tidak sah, perniagaan perkhidmat­an kewangan tidak sah, amalan pasaran tidak wajar oleh pemegang lesen yang dikeluarka­n BNM serta aktiviti kewangan haram lain yang disebut di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan ditadbir BNM,” katanya.

Jun lalu, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) membekukan 91 akaun bank bernilai RM177 juta selepas melumpuhka­n skim piramid, Mface Club yang bertapak Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia