Harian Metro

JPA longgar syarat graduan perubatan lulus BM

-

Putrajaya: Graduan perubatan berkelayak­an diberi kelonggara­n syarat lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelantikan secara kontrak untuk jawatan Pegawai Perubatan UD41.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu membolehka­n graduan yang berkelayak­an menjalani latihan siswazah selama dua tahun serta khidmat wajib selama dua tahun.

Menurutnya, pada 23 Februari lalu, Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) memberi persetujua­n terhadap kelonggara­n syarat kelayakan Lulus BM untuk pelantikan secara kontrak bagi jawatan berkenaan.

“Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan ia bahasa rasmi Persekutua­n iaitu selaras dengan Perkara 152, Perlembaga­an Persekutua­n dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32).

“Seperti juga lantikan tetap bagi lain-lain skim perkhidmat­an dalam sektor awam, calon yang memohon lantikan secara tetap sebagai Pegawai Perubatan di Kementeria­n Kesihatan perlu Lulus BM di peringkat SPM,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, ada beberapa skim perkhidmat­an lain yang meletakkan syarat lebih tinggi iaitu kredit BM sebagai syarat lantikan.

“Justeru, semua calon Pegawai Perubatan UD41 yang dilantik dengan kelonggara­n syarat lulus BM ketika lantikan kontrak perlu memenuhi syarat lulus BM di peringkat SPM bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perubatan di Kementeria­n Kesihatan,” katanya.

Sebanyak 14 syarikat dimasukkan dalam senarai terbaru syarikat dan laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM) kerana disyaki menganjurk­an skim pelaburan haram.

Semua syarikat itu tidak pernah diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.

Dalam kenyataan BNM, penambahan 14 syarikat itu menjadikan 334 jumlah syarikat dan laman sesawang berada dalam senarai ‘merah’ BNM.

Menurutnya, 14 syarikat yang terbaru dalam senarai itu diperoleh berdasarka­n maklumat, aduan dan pertanyaan diterima BNM berhubung aktiviti individu

 ?? Noor Hisham ?? Ada beberapa skim perkhidmat­an lain yang meletakkan syarat lebih tinggi iaitu kredit BM sebagai syarat lantikan”
Noor Hisham Ada beberapa skim perkhidmat­an lain yang meletakkan syarat lebih tinggi iaitu kredit BM sebagai syarat lantikan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia