Harian Metro

Ibu bapa perlu celik media sosial untuk pantau anak

-

Kangar: Tidak celik teknologi dan media sosial antara faktor utama ibu bapa gagal mengawal anak remaja mereka daripada bertindak di luar jangka.

Dekan Pusat Pengajian Pembanguna­n Insan dan Teknokomun­ikasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Madya Dr Huzili Hussin berkata, sikap segelintir ibu bapa yang tidak berminat untuk terdedah kepada media sosial seperti Facebook (FB), WeChat dan sebagainya menyebabka­n mereka terkebelak­ang dalam memantau aktiviti harian anak.

Katanya, menyalahka­n teknologi dan media sosial atas apa yang berlaku terhadap masalah sosial dalam kalangan remaja adalah tidak wajar.

“Peranan media sosial hanyalah sebagai penghubung antara komuniti, apabila seseorang menjalinka­n hubungan cinta melalui medium terbabit bermakna mereka meletakkan satu kepercayaa­n bahawa pasangan yang dikenali mampu memikul tanggungja­wab dalam hubungan terbabit,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes kehilangan pelajar, Rabiatul Syarafana Abdul Razak, 15, yang pulang ke rumah hanya selepas tiga hari selepas mengikut rakan lelaki baru dikenali melalui WeChat.

Menurut Huzili, ibu bapa juga perlu memiliki akaun media sosial bagi memastikan diri mereka bergerak seiring dengan tindak tanduk anak. “Sekiranya anak remaja sering bermain media sosial seperti FB, ibu bapa juga tidak boleh ketinggala­n dalam media sosial berkenaan. Sentiasa berhubung dengan anak-anak melalui media sosial seperti mengambil berat status yang dimuat naik.

“Jika mereka mempunyai kumpulan sembang dalam aplikasi WhatsApp atau sebagainya, ibu bapa berhak meminta kebenaran daripada ‘admin’ kumpulan itu untuk turut serta masuk dalam kumpulan terbabit khususnya apabila membabitka­n anak yang berusia belasan tahun,” katanya.

Salam Lebaran kepada semua yang menyambut Aidilfitri di tanah air. Kali ini saya merasai pengalaman berhari raya di Srinagar, Kashmir, India.

Selepas melalui liku perjalanan yang pelbagai, saya meneruskan perjalanan menuju ke Pekan Kargil yang terletak 240 kilometer ke timur Srinagar adalah kawasan yang begitu mencabar.

Masakan tidak, ia juga tersenarai sebagai salah satu daripada 10 jalan raya paling berbahaya di dunia dan saya sedang melaluinya ketika ini.

Suka tidak suka, ini adalah jalan utama ke utara dan ia juga laluan yang penuh dengan cabaran kerana keadaannya yang begitu teruk.

Selain itu, ia juga menduga akal saya apabila terpaksa menempuh laluan tanah tinggi dengan ketinggian lebih 13,000 kaki dari paras laut, satu cabaran baru sepanjang mengembara di seluruh dunia.

Saya sedar dan sering mengingatk­an

 Perjalanan ke Pekan Kargil lalui antara jalan paling berbahaya di dunia

diri sendiri betapa saya sedang menguji laluan yang ‘makan’ nyawa saban tahun kerana laluan berbelok-belok tanpa penghadang jalan menyebabka­n bila-bila masa saya boleh terbabas dan masuk ke dalam gaung yang menanti.

Setakat ini, semuanya berjalan lancar namun saya masih dihantui dengan masalah sama sejak mula, hubungan telekomuni­kasi yang mencabar semangat saya.

Baru beberapa hari lalu, saya berada di kawasan yang tiada bekalan elektrik dan Internet selama 24 jam, menyebabka­n niat saya untuk berkongsi catatan lebih awal menjadi terbantut.

Saya menginap di hotel tiada penarafan bintang, menyebabka­n saya perlu memasak air panas untuk mandi. Namun, saya anggap ia adalah satu pengalaman kerana setiap kali mengembara, pasti saya jumpa perkara baru.

Tersentak dengan kegagalan fungsi perayauan antarabang­sa menjadikan saya buntu untuk bercerita kerana saya sedar bahawa kali terakhir bersama pembaca akhbar ini ialah sepuluh hari lalu.

Apa yang pasti, saya juga berdepan dengan cuaca sejuk sekitar 10 darjah celsius, dan dijangkaka­n semakin menurun, perasaan itu akan saya kongsi dalam catatan akan datang.

 ??  ?? DR Huzili
DR Huzili
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia