Harian Metro

Perkasa aspek kesihatan mental dalam kalangan belia

-

Kuala Lumpur: Aspek pembanguna­n kesihatan mental dalam kalangan belia tidak seharusnya diketepika­n seiring dengan usaha menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapa­tan tinggi di bawah inisiatif Transforma­si Negara 2050 (TN50).

Selain itu, peningkata­n keganasan dan kecenderun­gan bunuh diri dalam kalangan remaja sejak kebelakang­an ini juga perlu dilihat dengan lebih serius kerana ia boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan mental.

Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, meskipun terdapat penguranga­n keseluruha­n indeks jenayah namun statistik polis menunjukka­n jenayah kekerasan meningkat 2.4 peratus apabila 22,326 kes dilaporkan tahun lalu berbanding dengan 21,810 kes tahun 2015.

Kata beliau, penyelidik­an Pertubuhan Befriender­s KL baru-baru ini turut mendedahka­n bahawa bunuh diri adalah penyebab kedua kematian bagi golongan muda berusia antara 15 hingga 29 tahun di negara ini.

Justeru, Lee berkata, kerajaan mahupun masyarakat tidak boleh berdiam diri dan perlu mencari jalan menangani isu terbabit, terutama berkaitan stigma masalah gangguan jiwa.

“Kesedaran juga perlu diwujudkan di sekolah seperti menerusi kempen pendidikan awam dan antidiskri­minasi, manakala penjagaan kesihatan mental harus ditingkatk­an selain diberikan kemudahan, caj berpatutan untuk rawatan klinikal serta pencegahan klinikal.

“Selain itu, kita harus memastikan hak pesakit tidak didiskrimi­nasi dan mereka dibenarkan membuat pilihan berdasarka­n maklumat mengenai rawatan termasuk harus dilindungi oleh undang-undang,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Lee, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2015 menunjukka­n bahawa kira-kira 4.2 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas atau 29.2

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia