Harian Metro

Episod terakhir dalam drama keganasan Daish

-

Daish semakin hampir dikalahkan sepenuhnya. Khamis lalu, tentera Iraq berjaya merampas semula Masjid al-Nuri di Mosul daripada kumpulan militan itu. Kejadian itu seterusnya menandakan kemenangan­nya di bandar berkenaan dan kini hanya menunggu masa untuk kerajaan menawan sepenuhnya bandar yang sebelum ini dianggap pusat pentadbira­n militan berkenaan di Iraq.

Di Libya, tenteranya semakin hampir mengusir Daish di Sabri, bandar kedua negara itu yang masih dikuasai kumpulan berkenaan serta sekutunya, manakala ‘ibu negara’ militan berkenaan di Syria, Raqqa, juga menunggu masa untuk ditumpaska­n.

Anggota Daish tidak lagi bebas bergerak pada waktu siang dan kini banyak melancarka­n serangan selepas matahari turun. Pada masa sama mereka juga semakin berdepan kekangan senjata serta bekalan. Hari demi hari, ‘pemerintah­an khalifah’ diidamkan Abu Bakr Baghdadi bakal dijatuhkan.

Namun dalam pada kekalahan kumpulan militan itu semakin hampir, kesukaran lain pula dijangka berlaku apabila memasuki fasa prapertemp­uran. Kemungkina­n besar anggotanya tidak akan berputus asa begitu saja, sebaliknya tetap berusaha mengambil kesempatan melakukan serangan walaupun pada skala jauh lebih kecil.

Pendekatan Daish sebelum ini rata-rata menggunaka­n taktik ‘serang dan lari’ serta mencetuska­n ketakutan orang awam menggunaka­n keganasan dan kekejaman yang sudah pasti cuma menimbulka­n kebencian terhadap mereka.

Rata-rata anggapan adalah anggota Daish merancang serangan dalam diam dengan menyelinap masuk ke masyarakat di seluruh dunia.

Sejauh manakah pemimpin organisasi itu menyediaka­n diri dan anggotanya untuk hidup seperti gerila dalam kalangan orang awam? Adakah persediaan sudah dilakukan dari segi simpanan senjata serta letupan dan adakah mereka sebenarnya sudah menempatka­n anggota sebagai perisik dalam masyarakat lain di seluruh dunia dengan rangkaian komunikasi tersendiri?

Semua itu tidak mustahil, cuma mungkin dari segi rangkaian komunikasi­nya tidak cukup canggih untuk disorokkan daripada agensi risikan dunia. Di Arab Saudi contohnya, rangkaian Al-Qaeda berjaya dibongkark­an disebabkan kelopongan dalam komunikasi­nya, malah itu juga yang akhirnya membolehka­n ketuanya Osama Laden ditumpaska­n.

Dari segi dana pula, pembiayaan untuk kumpulan pengganas semakin sukar untuk menggunaka­n sistem perbankan. Pelbagai kaedah diwujudkan untuk mengenal pasti transaksi yang boleh dianggap menimbulka­n syak. Dan langkah keselamata­n yang turut dipertingk­at di lapangan terbang di seluruh dunia juga menyukarka­n jumlah wang yang banyak dibawa begitu saja merentas sempadan udara.

Hakikatnya apa pun taktik diusahakan Daish, langkah antikegana­san sejagat berkemungk­inan besar akan menyebabka­n kumpulan itu tetap berjaya ditumpaska­n. Kekejaman dan fahaman fanatik Daish tidak mungkin menang dalam jangka panjang, cuma malangnya dalam pada ia mengalami kekalahan, masih akan ada mangsa yang tidak berdosa menjadi korban. - Agensi

 ??  ??
 ??  ?? TENTERA Iraq meraikan kemenangan setelah berjaya menewaskan tentera Daish dan menakluki semula Masjid al-Nuri di Mosul, Iraq, semalam.
TENTERA Iraq meraikan kemenangan setelah berjaya menewaskan tentera Daish dan menakluki semula Masjid al-Nuri di Mosul, Iraq, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia