Harian Metro

Berdosa abai nafkah anak, isteri

-

Adakah amalan kebaikan seorang suami tidak akan diterima Allah SWT selagi dia tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak?

Hukum memberi nafkah kepada isteri adalah wajib ke atas seorang suami. Antara dalilnya adalah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (menjadi kewajipan) ke atas seorang bapa itu (untuk menyediaka­n) rezeki untuk mereka (ibu-ibu) dan juga pakaian mereka dengan cara yang makruf.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Berdasarka­n ayat itu, ulama mengatakan wajib ke atas seorang suami untuk memberikan nafkah kepada isterinya. Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini berkata: “Perintah melakukan sesuatu itu adalah suatu larangan terhadap meninggalk­annya.”

Justeru, perintah untuk seorang suami memberikan nafkah kepada isteri apabila ia ditinggalk­an maka termasuk dalam perkara yang dilarang.

Bahkan, Imam Ibn al-Munzir Rahimahull­ah berkata: Telah ijma’ (sepakat) para ulama bahawa ke atas seorang lelaki itu (kewajipan) untuk memberikan nafkah ke atas anakanakny­a yang tidak memiliki harta.

Meninggalk­an pemberian nafkah kepada isteri dan anak dianggap sebagai satu dosa. Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaika­n tanggungja­wabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaann­ya. (Riwayat Abu Daud, 1692)

Berkenaan persoalan, adakah seorang suami tidak diterima amalannya sekiranya tidak memberikan nafkah, kami tidak menjumpai sebarang nas yang boleh dijadikan sebagai sandaran bagi kenyataan itu.

Oleh itu, sekiranya amalan yang dibuat seorang suami itu dilakukan dalam keadaan ikhlas kerana Allah SWT serta bertepatan dengan sunah Nabi SAW, ia dikira amalan yang diterima.

Perbuatann­ya tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak itu adalah satu dosa yang perlu ditinggalk­an.

Kami nasihatkan kepada suami supaya jangan sesekali meninggalk­an kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak serta memimpin keluarga hidup bahagia.

Baca dan hayatilah doa berikut yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami isteri-isteri dan juga anak pinak yang menjadi penyejuk mata bagi kami, serta jadikanlah kami ini sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia