Harian Metro

Ada Tuah dalam diri

 Kanak-kanak cepat kuasai langkah dalam sukan muay thai mahu bergelar atlet negara

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Jika pahlawan Melayu dulukala Hang Tuah digambarka­n lincah dengan seni silatnya, Muhammad Tuah Mohd Tarmizi pula kemas dan padu gerak langkahnya dalam sukan mempertaha­nkan diri muay thai.

Walaupun baru berusia sembilan tahun, Muhammad Tuah kini mampu menguasai langkah dan memahami arahan diberikan dalam sukan itu sehingga melayakkan­nya memasuki pertanding­an.

Sepadan dengan nama diberi, Muhammad Tuah tidak pernah menunjukka­n reaksi takut dan sakit ketika berlatih mahupun beraksi di gelanggang.

“Saya minat sukan ini dan sering menjadikan atlet muay thai Buakaw Banchamek dari Thailand sebagai idola ketika berlatih selepas ayah menunjukka­n aksinya di YouTube.

“Ketika mula belajar daripada ayah, saya tidak suka tetapi lama-kelamaan sudah terbiasa dan bertukar menjadi minat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Gunung, di sini.

Bapanya, Mohd Tarmizi Kassim, 35, berkata dia melatih sendiri anaknya dalam sukan bela diri itu selepas mempelajar­inya daripada arwah bapanya yang juga guru silat dan tomoi.

“Saya melatih Muhammad Tuah sejak usianya lima tahun dan dia memang cepat belajar serta mudah mengingati gerakan diajar dalam tempoh singkat.

“Awalnya, memang sukar untuk melatihnya kerana dia masih kecil, tetapi mungkin darah seni mempertaha­nkan diri mengalir dalam diri, dia mudah minat dan belajar,” katanya.

Mohd Tarmizi berkata, nama Muhammad Tuah diberi kerana dia terlebih dulu sudah memasang niat untuk menamakan anak lelakinya mengikut nama pahlawan Melayu sejak zaman bujangnya. “Alhamdulil­lah, Allah kurniakan anak kedua dan ketiga saya sebagai lelaki yang kemudian diberi nama Muhammad Tuah dan Muhammad Jebat yang kini berusia tiga tahun.

“Sebelum itu, saya juga seolah-olah mendapat petanda jantina mereka lelaki selepas didatangi mimpi lelaki berjubah putih menyerahka­n keris kepada saya,” katanya.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, setiap hari Muhammad Tuah dilatih dari segi stamina selain latihan bagi menajamkan pergerakan­nya.

“Setiap pagi dia berjoging selama sejam sebelum pergi ke sekolah, malam pula berlatih selama dua jam. Apabila cuti sekolah, dia berjoging membawa tayar sejauh tiga kilometer bagi menguatkan stamina.

“Dua bulan sebelum pertanding­an, semua latihan itu akan digandakan termasuk mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan glukosa bagi ketahanan dalaman,” katanya memaklumka­n anaknya sudah dua kali menyertai pertanding­an muay thai sebagai wakil Kelab Muay Thai Gajah Putih.

Menurutnya, dia bercita-cita menghantar Muhammad Tuah mempelajar­i seni bela diri itu di Tak Bai, Thailand, seterusnya melihat anaknya bergelar atlet negara satu hari kelak.

 ??  ?? MUHAMMAD Tuah
MUHAMMAD Tuah
 ??  ?? MUHAMMAD Tuah menunjukka­n medal yang dimenangin­ya dalam kejohanan muay thai yang disertai.
MUHAM MAD Tuah menjalani latihan muay thai
di rumahnya.
MUHAMMAD Tuah menunjukka­n medal yang dimenangin­ya dalam kejohanan muay thai yang disertai. MUHAM MAD Tuah menjalani latihan muay thai di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia