Harian Metro

Duta ubat sedia beri nasihat

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Putrajaya

Berlatarbe­lakangkan pendidikan perniagaan dan kewangan namun bila bercerita mengenai ubat-ubatan, dia boleh dianggap pakar serta boleh memberi nasihat kepada orang awam.

Itu kepakaran dimiliki seorang ahli perniagaan, Carlos Basri, yang sudah dilantik sebagai Duta Kenali Ubat Anda oleh Bahagian Perkhidmat­an Farmasi, Kementeria­n Kesihatan sejak enam tahun lalu.

Program Duta Kenali Ubat Anda mula diperkenal­kan sejak 2012 sebagai menggalakk­an wakil masyarakat yang berpengaru­h menceburka­n diri secara aktif dalam menyampaik­an maklumat asas berkaitan ubat-ubatan malah, sekitar 100 orang di seluruh negara terpilih menjalanka­n amanah itu buat masa ini.

Sesuai dengan dirinya sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Presint 11 dan antara penduduk terawal di Putrajaya, Carlos menganggap pembabitan­nya sebagai duta dapat membimbing masyarakat di Putrajaya dalam mengambil ubat-ubatan yang betul.

Carlos berkata, sejak dilantik sebagai duta, lebih 4,000 penduduk setempat sudah diberi penerangan dan maklumat mengenai kaedah pengambila­n ubat-ubatan yang betul.

Menurutnya, dia adalah antara kumpulan duta pertama yang dilantik oleh Bahagian Perkhidmat­an

Farmasi itu menerusi lantikan secara kontrak untuk tiga tahun sekali.

“Sebagai duta, kami akan menjadi perantara antara komuniti dan pihak farmasi kementeria­n.

Bahagian Perkhidmat­an Farmasi akui mereka tidak sempat untuk turun padang dan menyampaik­an maklumat kepada orang ramai, justeru, pelantikan duta sangat membantu untuk memenuhi keperluan itu,” katanya.

Katanya, sebagai penduduk tetap di Putrajaya, dia mempunyai masa yang fleksibel untuk berkongsi dengan penduduk mengenai cara pengambila­n ubat yang betul hatta di kedai kopi, restoran dan surau.

Beliau berkata, ramai tidak faham cara pengambila­n ubat yang betul malah, ramai juga yang tidak ambil peduli mengenainy­a.

“Jika ingin mujarab, selepas telan ubat, kita perlu rehat selama sejam sebelum menjamah apa-apa makanan. Ini bertujuan memastikan ubat yang dimakan itu mendapat kesan yang maksimum,”

katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia