Harian Metro

Namza Blade pemula segalanya

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Sering mengalami kecederaan ketika beraksi di litar tidak pernah mematahkan semangat penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor ini untuk meneruskan hobi dalam sukan permotoran.

Penuntut tahun kedua jurusan pengurusan majlis, Muhammad Ashraf Mohamad Munir, 23, berkata, minatnya dalam sukan permotoran bermula sejak peringkat diploma selepas bapanya membelikan sebuah motosikal jenama Naza Blade 250cc kepadanya.

“Sejak itu, saya mula menceburi sukan ini dengan mengikuti latihan yang diadakan di litar Sepang untuk menambah pengalaman di samping dapat mengenali lebih ramai kenalan yang meminati sukan ekstrem ini,” katanya.

Anak keempat daripada lima beradik ini berkata, dia mengikuti sukan permotoran hanya untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu.

“Jika berkelapan­gan, saya akan bermain motosikal di litar Sepang dan litar

bersama rakan di samping dapat mempelajar­i dengan lebih mendalam mengenai sukan permotoran daripada mereka yang berpengala­man.

“Walaupun masih bergelar pelajar, ianya tidak menghalang minat saya untuk terus berkecimpu­ng dalam sukan permotoran berkuasa tinggi walaupun mengalami masalah dari segi kewangan,” katanya.

Katanya, sukan permotoran besar ini sememangny­a memerlukan bajet yang tinggi dan ia antara cabaran yang perlu ditempuhi olehnya sebagai pelajar.

Bercerita mengenai pengalaman­nya setiap kali mengikuti latihan di litar, Muhammad Ashraf berkata, keadaan cuaca sangat berperanan penting yang mana apabila cuaca panas, tayar motosikal akan menghasilk­an lebih banyak cengkaman berbanding cuaca redup.

“Jika cuaca redup, tayar akan lambat panas dan ianya akan mengurangk­an keseronoka­n ketika bermain motosikal di litar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia